Terima kasih, bantuan sudah tiba di Syria

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terpanggil dengan 'seruan' bebanan rakyat Syria yang kini berhadapan dengan kesukaran meneruskan hidup, ada perkhabaran gembira buat mereka.

Lima buah trak yang membawa 'bekalan' sumbangan rakyat Malaysia kini sudah sampai ke tanah air mereka.

Menurut Ketua Misi Penghantaran Bantuan Kecemasan RescueSyria (Mapim), Sani Araby al Kahery, yang kini berada di sempadan Turki-Syria memberitahu, kesemua trak itu mengandungi bekalan makanan, pemanas air dan keperluan lain untuk memenuhi tuntutan mereka di sana.

"Trak pertama dan kedua membawa 50 tan tepung untuk dibuat roti dan akan dihantar kepada 50,000 keluarga pelarian, sementara itu trak ketiga pula membawa selimut, sebanyak 2,000 selimut akan dihantar terus kepada pelarian baharu di Aleppo dan kawasan berdekatan, seterusnya kita hantar 1000 pemanas air (trak keempat) yang berharga RM250 satu, dan kita perlukan 1000 lagi, jadi kita buka wakaf kepada sesiapa yang ingin beli pemanas air... dan trak kelima membawa 'food pack' untuk diberikan kepada 3000 keluarga dalam Syria.

"Untuk makluman tiga trak akan di hantar hari ini (semalam) dan dua terus masuk ke dalam Syria," katanya menerusi Live di Facebooknya.

Dalam pada itu katanya, pihaknya juga telah berjaya menghantar dua buah ambulans ke Syria.

"Ianya untuk kegunaan di hospital Aleppo dan kita akan hantar pesakit ke Sempadan Turki untuk di ambil alih oleh Kementerian Kesihatan Turki di sempadan itu, kini kita sasarkan lagi dua buah ambulans.

"Untuk semua ini saya ucapkan terima kasih buat rakyat Malaysia, kerana banyak membantu," katanya lagi.

Sementara itu, perkembangan semasa di kem tahanan pelarian di Syria kini, pelarian berdepan dengan cuaca sejuk melampau yang berpotensi mengancam nyawa khusus kepada anak kecil.

Difahamkan, khemah yang digunakan untuk menempatkan setiap keluarga gagal memberikan kehangatan yang selesa buat mereka.

Malah, pelarian Syria mendakwa, mereka masih tidak dapat lena di malam hari akibat terlalu sejuk.

Dua pengikut Ajaran Harun dijatuhi hukuman mati

KUANTAN - Dua pengikut Ajaran Harun dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.

Manakala tertuduh lain iaitu Harun Saat yang meninggal dunia pada 16 Ogos lalu, isterinya, Azida Mohd Zol,33, pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40 dan Jefferi Safar, 39, dilepaskan dan dibebaskan kerana pendakwaan membuktikan mereka terlibat melakukan konspirasi tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan selepas meneliti hujahan pihak pendakwaan dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh, Nurul Farahah Mohd Suah dan Shahrul Ekhsan Hasim dan peguam bela semua tertuduh.

Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39 didapati bersalah membunuh Ahmad Raffli pada 1.50 tengah hari, 10 November 2013 di No 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota, di sini.

Shamsinar dan Sumustapha juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, membunuh Ahmad Raffli pada tarikh, tempat dan masa sama.

Nekad langgar tiga motosikal suspek

PARIT BUNTAR - Padah menyamun sekumpulan sahabat, empat suspek dicekup polis setelah motosikal dinaiki dirempuh kereta mangsa yang nekad mengejar mereka sewaktu sedang melarikan diri di Taman Murni, di sini pagi tadi.

Lebih menyedihkan, salah seorang daripada kumpulan sahabat disamun turut ditetak dua suspek di bahagian kepala dengan menggunakan parang sehingga cedera.

Mangsa kejadian, Mohamed Mazis Mohamed Mokhtar,25, berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 10.15 pagi sewaktu dia bersama isteri, Atiqah Nordin, 25, dan tiga rakan lain hendak keluar dari rumah untuk bersarapan pagi.

Menurutnya, dia dan isteri yang berasal dari Kuala Lumpur menumpang tidur di rumah salah seorang rakan mereka di Taman Murni, di sini setelah mereka merancang bercuti di Pulau Pinang.

"Sewaktu kejadian berlaku, saya sudah berada dalam kereta, manakala isteri sedang membuang sampah di luar perkarangan rumah sebelum diacukan parang di leher oleh seorang suspek bermotosikal.

"Tindakan suspek muncul tanpa disedari mengejutkan kami dan suspek bersama tiga lagi rakannya kemudian mengarahkan kami menyerahkan segala barangan berharga,"katanya sewaktu ditemui media di perkarangan Balai Polis Simpang Lima, di sini tadi.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan mangsa tercedera ditetak parang oleh dua suspek kini sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Taiping ketika ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan sedang dijalankan.

Polis cari pemandu langgar pasangan suami isteri

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta yang terbabit dalam satu kes langgar lari di Jalan Pudu berhampiran Bulatan Jalan Pudu di sini, yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut, pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10 pagi, mangsa Meor Ridzuan M Amin, 25, dari Pandan Mewah, Ampang, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan (PPUKM) akibat cedera parah pada kepala dan badan.

Bagaimanapun, isteri mangsa, seorang warga Indonesia dikenali sebagai Sri Winda Astuti, 23, yang sedang hamil enam bulan, selamat dengan hanya cedera ringan dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain memberitahu, siasatan mendapati motosikal ditunggang pasangan suami isteri itu bergerak dari arah Cheras menghala ke arah Jalan Pudu.

"Saksi mendakwa sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih tiba-tiba mahu membuat pusingan U di laluan tidak dibenarkan menyebabkan motosikal terbabit tidak sempat mengelak dan melanggarnya.

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tercampak dan mengalami pendarahan yang banyak, manakala kereta terbabit dikatakan berhenti seketika sebelum melarikan diri ke arah Cheras," katanya dalam satu kenyataan, tadi.

Katanya, hingga kini pemandu kereta terbabit belum tampil membuat laporan polis.

"Nombor pendaftaran kereta terbabit sudah dikenal pasti dan usaha mengesan pemandu terbabit sedang dijalankan.

"Polis sudah merakam percakapan saksi kemalangan serta menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu bas rehat 3 jam saja, ujar bapa saudara

JELUTONG - Tidak cukup rehat, itulah yang dikatakan ahli keluarga pemandu bas ekspres, Zakeer Zubir, 32 yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Plus arah Utara Pagoh, Muar Johor semalam.

Bapa saudara mangsa, Abdul Shukoor Abdul Rahim berkata, anak saudaranya itu dipercayai hanya sempat berehat tiga hingga empat jam sahaja.

"Zakeer bertolak dari Pulau Pinang ke Johor pada petang Jumaat, kemudiannya tiba di Johor pada jam kira-kira 11 malam, dia berehat beberapa jam sahaja sebelum meneruskan semula perjalanan ke Kuala Lumpur pada jam 2 pagi.

"Kami dari ahli keluarga mengharapkan supaya orang yang tidak tahu kisah sebenar, tidak cuba untuk membuat pelbagai spekulasi yang bukan-bukan, fikirkanlah perasaan ahli keluarga," katanya.

Dia ditemui media selepas majlis pengebumian Zakeer dan anaknya, Nur Natasya Zahara, 1 dalam satu liang lahad di Tapak Perkuburan Islam Masjid Hashim Yahaya Jalan Perak di sini pagi tadi.

Abdul Shukoor berkata, pihaknya juga mempertikaikan ketiadaan pemandu kedua.

"Kami mahukan jawapan, kenapa tiada pemandu kedua untuk bersama Zakeer dengan jarak perjalanan yang agak jauh," katanya.

Dalam masa yang sama ahli keluarga pemandu bas tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menguruskan jenazah dari awal hingga ke selamat dikebumikan.

Sebelum itu di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron mengesahkan pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara semalam tidak memiliki sebarang kesalahan dalam rekod

Berdasarkan rekod, Zakeer tidak mempunyai saman tertunggak, selain rekod bersih.

Malah Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan pemeriksaan Puspakom pemandu bas berkenaan juga masih sah dan aktif.

Getah skrap kena curi

SELAMA – Di sebalik kegembiraan penoreh getah terhadap kenaikan harga komoditi itu terselit kegusaran yang tinggi apabila terpaksa berdepan dengan kes kecurian hasil dalam tempoh beberapa minggu ini.

Perkara itu meskipun bukan sesuatu yang baru, namun ia bukan satu masalah yang kecil buat penduduk kampung apatah lagi pendapatan yang cukup-cukup makan itulah yang ditagih untuk menampung kos hidup.

Seperti yang diluahkan penduduk di Selama yang mana 78 peratus penduduknya menjadikan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan utama, antara yang terbesar adalah getah.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata penoreh melahirkan rasa bimbang dan keluh kesah mereka berhubung kejadian kecurian getah skrap yang semakin berleluasa.

Pendapatan naik sekali ganda

Seorang penoreh yang ditemui, Rosanah Said, 60, dari kampung Anak Sungai Rambutan berkata, sejak harga getah naik, pendapatan diperoleh hampir sekali ganda antara RM200 berbanding sebelum ini sekitar RM120.

Bagaimanapun katanya, dengan berlakunya kes curi getah skrap, mereka hanya mendapat sekitar RM20-50 bagi tempoh seminggu menoreh.

“Kes ni baru je jadi minggu lepas, datang ke kebun nak kutip getah, tapi habis semua dicuri. Luluh rasa hati sebab wang hasil getah itu sebenarnya nak guna untuk beli barangan persekolahan anak.

“Memang kecewa dan sedih kerana sumber pendapatan hanya diperoleh melalui menoreh getah,” katanya.

Rosanah berkata, setiap hari dia akan keluar rumah sekitar jam 4 pagi hingga 11 pagi untuk menoreh.

“Besar harapan untuk mendapatkan rezeki tetapi apabila sering dicuri, pendapatan kami penoreh memang akan terus terjejas walaupun harga getah naik,” katanya.

Rosanah yang juga seorang ibu tunggal berkata, menoreh getah adalah sumber pendapatannya sejak berusia 10 tahun lagi.

“Tidak kira harga murah atau mahal, makcik tetap akan menoreh bagi menampung keperluan hidup.

Katanya, dia hanya menoreh kebun orang seluas empat ekar dan hasilnya perlu di bahagi dua pula.

“Jadi pendapatan yang makcik peroleh tidak seberapa dan jika kejadian kecurian ini terus berlaku, bagaimana kami ingin memperoleh pendapatan lebih,” katanya.

Kes curi bantutkan kegembiraan

Bagi Siti Rohani Ahmad, 45, berkata, dia juga mula menoreh sejak tujuh tahun lalu dan kenaikan harga getah baru-baru ini sebenarnya langsung tidak membantu penoreh berikutan kejadian curi yang berlaku.

“Bayangkanlah untuk mendapatkan sedikit duit, saya perlu berjalan kaki selama satu setengah jam setiap hari untuk ke kebun getah.

“Saya akan bersama sepupu untuk menoreh dan hasil yang diperoleh akan dibahagi dua dengan pemilik kebun kemudian dibahagi lagi dua.

“Kami tidak boleh hidup senang dengan hanya menoreh kerana pendapatan yang diperoleh hanya sekadar cukup makan.

“Sebelum harga naik, saya hanya dapat sekitar RM 70 seminggu dan bayangkanlah perbelanjaan yang boleh digunakan untuk menampung keperluan harian dan perbelanjaan persekolahan anak dengan jumlah tersebut,” katanya.

Katanya, mereka bukan tak gembira dan bersyukur dengan kenaikan harga getah, tetapi penoreh tidak dapat merasainya berikutan risiko kecurian yang kerap berlaku.

“Oleh itu, kami penoreh getah amat berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya dalam usaha mengatasi masalah ini,” katanya.

'Angkara penagih'

Adun Selama, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff berkata, tidak dinafikan bahawa selepas kenaikan harga itu, beliau sering menerima aduan daripada pekebun kecil ini bahawa mereka bimbang dengan kegiatan mencuri getah skrap yang semakin berleluasa.

Menurutnya, kegiatan tersebut mula aktif di kawasan Selama selepas harga getah naik, namun ia masih belum sampai pada tahap yang serius.

“Kegiatan tersebut, tidak boleh terus dibiarkan begitu sahaja sebaliknya elemen membanteras perlu dilakukan secara bersepadu antara pihak polis dan agensi-agensi yang berkaitan,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan mereka yang melakukan kegiatan mencuri getah skrap ini adalah mereka yang terlibat dengan dadah.

“Kegiatan mereka ini tidak mengira masa dan dilakukan tanpa rasa takut, walaupun sedar bahawa perbuatan tersebut salah, atas desakan untuk membeli dadah mereka sanggup mencuri dengan mengambil jalan singkat,” katanya.

Mohamad Daud berkata, kegiatan mencuri, dadah dan judi yang berlaku ini sememangnya mengganggu kehidupan penduduk tambahan dalam keadaan ekonomi sekarang.

“Ekonomi penduduk seolah-olah diragut sehingga lompong dan senario tersebut harus dikekang hingga ke akar umbi,” katanya.

Polis lakukan pemantauan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, dalam tempoh terdekat ini, polis belum menerima sebarang aduan daripada penoreh getah berhubung kegiatan mencuri getah skrap.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna pihaknya berdiam diri sahaja tanpa melakukan pemantauan.

“Kita sentiasa meningkatkan pelbagai usaha bagi membanteras kegiatan kecurian bukan hanya melibatkan getah, tetapi hasil tanaman lain seperti kelapa sawit,” katanya.

Beliau berkata, usaha telah dijalankan antara pencegahan jenayah antaranya dengan melakukan sekatan jalan raya, ronda cegah jenayah, ronda berjalan kaki dan Ops biru iaitu rondaan yang dilakukan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.
 

Tragedi menjelang Krismas ragut 18 nyawa

KUALA LUMPUR - Sehari menjelang Krismas, 18 nyawa melayang dalam dua kemalangan jalan raya berasingan di Muar, Johor dan Tampin, Negeri Sembilan.

Awal pagi tadi kira-kira kira-kira pukul 3.30 pagi, sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun setinggi 10 meter di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, Johor.

Dalam kemalangan itu 14 maut manakala 16 lagi cedera, manakala di Tampin pula, empat sekeluarga termasuk dua bayi kembar berusia satu tahun maut dalam kemalangan membabit dua kenderaan di Jalan Tampin-Gemas.

Kejadian di Tampin berlaku pukul 3.20 petang hari ini apabila sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki enam sekeluarga dipercayai terbabas sebelum melanggar sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki yang berusia 62 tahun yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan jalan raya dilihat sering berlaku setiap kali musim perayaan sekali pun pelbagai langkah penguatkuasaan dilakukan dalam memberi kesedaran kepada para pengguna agar memandu secara berhati-hati.

Kemalangan bas menyayat hati itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menerusi catatan di Twitternya hari ini merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan bas ekspres yang mengorbankan 14 nyawa.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah bertindak menggantung serta-merta lesen perkhidmatan Goldstar Express (M) Sdn Bhd, pengendali bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Muar itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengarahkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk menjalankan siasatan terhadap nahas bas itu.

Liow berkata kementerian memandang serius kemalangan bas ekspres itu dan siasatan perlu dilakukan dari pelbagai sudut keselamatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang, dalam analisis beritanya hari ini berkata: "Satu lagi kemalangan membabitkan bas ekspres yang meragut banyak nyawa tetapi seperti biasa tiada usaha serius dilakukan untuk memastikan perjalanan lebih selamat dan nampaknya tragedi yang berlaku pada masa lalu tidak dijadikan iktibar.

Tragedi menjelang sambutan Krismas ini adalah satu daripada tragedi yang berlaku dari semasa ke semasa dalam dekad lalu yang mengorbankan banyak nyawa terutama semasa musim perayaan apabila permintaan bagi pengangkutan awam biasanya melonjak tinggi," kata Azman.

Menurutnya walaupun banyak faktor dipersalahkan bagi kemalangan maut membabitkan bas ekspres, termasuk faktor pemandu yang mengantuk adalah punca utama nahas, sama ada majikan mereka menerima hakikatnya atau tidak.
Perkara itu harus mula menyedarkan pihak berkuasa keselamatan jalan raya untuk berfikir di luar kotak dan mengambil beberapa tindakan drastik dan tidak sebaliknya berpuas hati dengan status quo yang hanya boleh menyebabkan berlaku lagi kemalangan dan kematian, katanya.

"Berapa banyak lagikah kemalangan yang akan berlaku, baru kita dapat melihat langkah-langkah pencegahan seperti melarang bas ekspres melakukan perjalanan semasa "waktu mengantuk" dan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang dikuatkuasakan?," kata Azman. - Bernama

BOY IMAN KINI BERGELAR DOKTOR

Di Facebook ramai yang terkejut apabila melihat pelakon Boy Iman yang menerima anugerah yang membawa gelaran Doktor. Sedangkan sebelum ini tak ramai pun yang tahu dia sedang menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran.

Menyingkap dengan lebih lanjut mengenai gelaran tersebut, Boy berkata meskipun pernah gagal namun itu bukanlah penghalang.

"Saya memang sudah sambung belajar sejak 2013. Walaupun pernah gagal tetapi saya mesti usaha dalam apa cara sekalipun untuk habiskan pengajian ini.

"Program yang saya ikuti ini pengajian jarak jauh (PJJ), bagi saya ilmu itu penting untuk masa depan.

"Pada awal mengikuti kursus kedoktoran saya ambil bidang bisnes namun saya tak dapat nak bawa, jadi saya buat keputusan untuk tukar ke bidang sosial dan kemanusiaan. Bidang yang saya ambil ini buat research untuk thesis dan assignment.

"Alhamdulillah syukur dengan ada bantuan kefahaman pensyarah saya dapat habiskan pengajian saya. Dalam proses nak habis tu ada jugalah saya mendapatkan bantuan dengan memberikan upah untuk check susunan ayat Bahasa Inggeris," ujarnya yang sudah menyelesaikan majlis konvokesyen baru-baru ini

Jadi gelaran yang Boy Iman gunakan sekarang adalah Datuk Dr Boy Iman.

Lagi nahas maut akibat tayar pecah

TANJUNG MALIM – Belum pun reda kemalangan maut melibatkan suami isteri yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan, Selasa lalu, satu lagi nahas maut berlaku, kali ini di Kilometer 366.7 lebuhraya sama arah Utara, semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.53 petang itu dipercayai berpunca masalah sama iaitu tayar pecah menyebabkan pemandu hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, kejadian menyebabkan seorang wanita dikenali Ch’ng Siew See, 48 tahun maut di tempat kejadian sementara anak lelakinya berusia 10 tahun, putus jari kaki kiri.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa bersama suami, dua anak dan seorang pembantu rumah dalam perjalanan dari Petaling Jaya ke Pulau Pinang.

“Tiba di lokasi kejadian, tayar belakang bahagian kiri pecah menyebabkan kereta jenis Peugeot dipandu suami mangsa hilang kawalan lalu berpusing dan melanggar pembahagi jalan.

“Suami mangsa berusia 48 tahun, anak  perempuan berusia 17 tahun serta pembantu rumah warga Indonesia berusia 32 tahun tidak cedera.

“Bagaimanapun kesemua mereka dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian Selasa lalu, sepasang suami isteri maut sementara enam yang lain parah dalam nahas membabitkan lapan kenderaan apabila sebuah lori tangki hilang kawalan selepas tayar hadapan bahagian kanan pecah sebelum merempuh pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan.

Gadis Mati Lemas Gara-Gara Haid

KATHMANDU: Seorang gadis berusia 15 tahun meninggal dunia akibat amalan adat kuno, 'Chhaupadi' di barat Nepal, lapor polis, hari ini. Pegawai polis, Badri Prasad Dhakal, berkata Roshani Tiruwa dipaksa mengasingkan diri dan tinggal dalam kandang yang kurang udara kerana datang bulan. Adat itu sudah diharamkan oleh kerajaan sejak 2005. Mayat remaja itu ditemui oleh bapanya pagi Ahad lalu dalam sebuah pondok yang diperbuat daripada lumpur di kampung Gajra, daerah Achham, kira-kira 440 kilometer dari barat Kathmandu. "Kami menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya. Kami percaya dia mati lemas. "Mangsa menyalakan api untuk memanaskan badan sebelum tidur di dalam kandang yang tiada pengudaraan," kata Badri kepada REUTERS menerusi telefon dari Sanfebagar, bandar utama, di sini. Menurut kepercayaan 'Chhaupadi,' wanita datang bulan dianggap pembawa malang kepada masyarakat, oleh itu mereka dilarang minum susu dan dibenar makan sedikit sahaja dalam tempoh berkenaan..:-Kopi O

Fenomena Siang dan Malam Lebih Panjang Esok

BUMI bakal mengalami fenomena solstis musim sejuk di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera selatan esok.

Menurut Pegawai Sains Planeterium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, fenomena ini akan membuatkan bumi mengalami hari paling singkat di hemisfera utara manakala di hemisfera selatan pula, hari paling panjang.

“Fenomena solstis musim sejuk terjadi apabila matahari berada di titik terendah langit mengakibatkan bumi mengalami hari yang singkat di hemisfera utara.

“Sementara di hemisfera selatan, matahari akan berada di titik tertinggi menyebabkan kawasan tersebut akan mengalami hari terpanjang bagi tahun 2016 ini yang juga turut dikenali sebagai solstis musim panas,” katanya kepada media.

Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu risau mengenai perkara ini kerana ia merupakan fenomena biasa dan hanya memberi kesan dari segi musim dan tempoh panjang hari yang berbeza di kawasan hemisfera utara dan selatan bumi sahaja.

Tambahnya lagi, fenomena solstis ini berlaku setiap tahun dan disebabkan oleh kedudukan paksi bumi yang condong sebanyak 23.5 darjah.

Namun begitu, tarikh dan masa bagi fenomena ini berubah saban tahun kerana perbezaan kalendar tahunan yang mempunyai 365 hari setahun sedangkan pergerakan sebenar bumi mengelilingi matahari (atau tahun solar) adalah selama 365.26 hari.

Untuk pengetahuan ramai, tahun solar merupakan tempoh sebenar yang diperlukan bumi mengorbit sepenuhnya mengelilingi matahari dan tempohnya panjang sedikit berbanding dengan kalendar yang kita guna dalam satu tahun.

Tiada Sebarang Tempoh Akhir Untuk Tukar Kad ATM - Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan telah menafikan dakwaan yang pihak bank akan mengenakan caj kepada pemegang kad ATM dan kad debit sekiranya mereka tidak menukar kepada kad baharu dalam tempoh yang ditetapka, lapor Kosmo!.

Melalui kenyataan yang dibuat di laman Facebook mereka, pihak BNM menegaskan  orang ramai masih boleh menggantikan kad tersebut di mana-mana bank secara percuma tanpa ada tarikh tamat tertentu.

“Bank Negara sekali lagi menegaskan bahawa orang ramai boleh menggantikan kad debit secara percuma di bank masing-masing.

“Orang ramai juga masih boleh terus menggunakan kad mereka sedia ada di mesin ATM walaupun belum menukar kepada kad debit baharu,” kata kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan itu juga menyatakaa, pihak bank dikehendaki mengeluarkan notis yang mencukupi dan tempoh masa yang munasabah jika mahu meminta pengguna melakukan penukaran kad sebelum menamatkan fungsi kad sedia ada untuk transaksi pembelian.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.bnm.gov.my atau melalui kaunter BNM atau menghubungi talian 1 300 88 5456.

Sejak minggu lalu orang ramai dilihat berpusu-pusu ke bank untuk menukarkan kat ATM berikutan tersebarnya berita yang menyatakan kad mereka akan disekat penggunaan jika tidak digantikan dengan kad baru iaitu yang mempunyai fungsi MyDebit, selain itu ia juga menyebut mereka juga akan dikenakan caj jika handak menukar kad berkenaan jika melebihi tempoh yang ditetapkan.

Melecur selepas makan biskut naga

ALOR SETAR – Biskut naga yang memberi keseronokan kepada yang menikmatinya bertukar menjadi makanan berbahaya apabila berlaku lima kes anggota badan melecur.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, biskut naga yang boleh diperolehi sekitar RM10 setiap 20 keping.

“Ramai anak muda gemar mencuba ‘biskut berasap’ sebab mungkin mereka rasa seronok kerana hanya memasukkan biskut dalam mulut, ia akan mengeluarkan asap seakan-akan asap rokok.

“Keseronokan itu akhirnya membawa padah apabila lidah mereka menjadi bengkak dan kulit tangan melecur dipercayai kesan daripada cecair nitrogen yang terdapat pada biskut berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, biskut yang menjadi fenomena seluruh dunia itu juga mudah didapati di sekitar pusat bandar sejak kebelakangan ini.

“Aduan pertama kita terima pada Khamis lalu apabila seorang pengguna mengalami bengkak di bahagian lidah setelah makan biskut berkenaan.

“Kemudian kita terima pula aduan daripada pengguna yang melecur di tangan selepas memegang biskut tersebut yang dipercayai ada bahan campuran berbahaya,” katanya.

Menurutnya, insiden itu memerlukan perhatian serius daripada pelbagai pihak untuk mengelak lebih ramai pengguna menjadi mangsa.

“Pada saya, ini satu budaya tidak elok yang cuba dibawa masuk oleh pihak luar. Kita kena tangani perkara ini secepat mungkin demi keselamatan pengguna,” katanya.

Polis Seluruh Bandar Letak Jawatan

INDIANA - AMERIKA SYARIKAT. Seluruh anggota polis sebuah bandar di Indiana berhenti kerja kerana pertelingkahan dengan pejabat daerah.

Menurut laporan Indystar, kontinjen polis di bandar Bunker Hill tidak berpuas hati kerana disuruh 'melakukan kegiatan tidak bermoral, tidak beretika dan melanggar undang-undang'.

Antara contoh tugas yang diberikan pejabat daerah adalah seperti memeriksa latar belakang setiap pekerja di daerah tersebut.

Kontinjen polis di bandar tersebut juga dipaksa berkongsi hanya sehelai baju perlindungan kalis peluru untuk kegunaan keseluruhan anggotanya.

"Mereka tidak mahu berkomunikasi dengan kami dan asyik menarik balik kemudahan," kata bekas Ketua Polis Bunker Hill, Michael Thomison.

Thomison mendakwa polis diugut jika mengingkari arahan pejabat daerah.

Walau bagaimanapun, Thomison berkata, beliau mempunyai sebab peribadi untuk berhenti menjadi anggota polis.

Thomison disahkan menghidap kanser tahun lepas dan selanjutnya beliau tidak dibenarkan bekerja separuh masa oleh pejabat daerah.

Disebabkan Bunker Hill mempunyai sifar anggota polis, bandar tersebut terpaksa meminta bantuan bandar lain untuk sementara waktu.

Ajal Anggota JPJ

Shah Alam: Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang dalam operasi, maut selepas dilanggar treler di hadapan Plaza Tol Setia Alam, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Mohd Ridzuan Yusoff, 32, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala selepas digilis kenderaan berat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisisoner Shafien Mamat berkata, siasatan polis mendapati mangsa baru selesai memeriksa pemandu sebuah lori kontena yang berada di hadapan treler berkenaan.

"Mengikut maklumat, pemandu treler berkenaan berhenti seketika di bahu jalan kerana hendak menelefon seseorang.

"Pemandu treler berusia 68 tahun itu kemudiannya meneruskan perjalanan dan dipercayai tidak menyedari mangsa berada di hadapan kenderaannya sebelum melanggar dan menggilisnya.

"Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tembak jika nyawa 
terancam – Peguam Negara

KOTA BHARU 14 Nov. – Anggota dan pegawai agensi penguatkuasaan di negara ini dibenarkan meng­gunakan senjata api terma­suk melepaskan tembakan yang membawa kepada kematian sekiranya nyawa mereka diancam penjenayah.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagaimanapun berkata, semua penguat kuasa, lebih-lebih lagi agensi di bawah Pasukan Penguatkuasaan Pemu­lihan Hasil Negara (NRRET) perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya sarankan pegawai dan anggota penguat kuasa yang di­bekalkan dengan senjata api secara sah supaya tidak teragak-agak atau takut-takut untuk meng­gunakannya jika nyawa mereka terancam.

“Mereka berhak mempertahankan diri, sebab itu dihalalkan oleh undang-undang untuk mereka melepaskan tembakan. Tidak kiralah tembak penjenayah sampai mati pun, mereka memang berhak dari segi peruntukan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadi­ri Majlis Ramah Mesra Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri di Wisma JKDM, Padang Bongor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JKDM negeri, Mohd. Nasir Yusoff.

Mohamed Apandi mengulas insiden seorang pegawai kastam, Ani­sah Ali, 54, yang meninggal dunia akibat cedera parah selepas ken­deraan dinaikinya dalam operasi dilanggar tonto di Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas, bulan lalu.

Beliau yang juga Pengerusi NRRET dalam pada itu berkata, berdasarkan pemerhatiannya, peng­gunaan senjata api dalam kalangan anggota JKDM digariskan dalam SOP operasi agensi itu, namun tidak dijelaskan secara terperinci.

Sehubungan itu, katanya, pihak Jabatan Peguam Negara bercadang menyemak semula SOP berkaitan penggunaan senjata api bagi semua agensi pe­nguatkuasaan di bawah NRRET di seluruh negara.

“Perkara ini perlu dilakukan secepat mungkin supaya ada garis panduan yang jelas untuk anggota melaksanakan tugas, lebih-lebih lagi di kawasan be­risiko yang bersempadanan de­ngan negara jiran seperti Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis

“Kita akan bantu memberi nasihat kepada JKDM dalam me­rangka satu SOP baharu yang lebih tepat dan berkesan supaya anggota penguat kuasa tidak lagi teragak-agak menggunakan senjata api. Sementara menunggu SOP terbaharu ini dikeluarkan, saya minta penguat kuasa ikut saranan saya. Itu jaminan saya sebagai Peguam Negara,” katanya.

'Lebih 48,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam 7 Bulan'

Sebanyak 48,077 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan sejak Januari hingga 10 Julai tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata daripada jumlah itu, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi adalah Selangor (7,731) diikuti Sabah (6,638) dan Johor (4,700).

"Kajian mendapati kebanyakan perkahwinan kali pertama yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan adalah dalam tempoh lima tahun dan ke bawah.

"Antara punca yang dikenal pasti adalah tiada persefahaman (56.2 peratus), suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus) dan isteri curang (11.8 peratus)," katanya menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Siti Zailah bertanya mengenai statistik terkini perceraian di negara ini sejak 2014 hingga 2016 mengikut pecahan negeri dan bangsa serta kaedah yang akan diambil kementerian bagi menangani perkara tersebut.

Azizah berkata menyedari masalah tersebut, pihaknya melaksanakan pelbagai usaha bagi memantapkan institusi perkahwinan termasuk menyediakan perkhidmatan kaunseling kekeluargaan, diselia Unit Kaunseling Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di setiap negeri.

Beliau berkata unit kaunseling itu dikendalikan 17 kaunselor dan 61 kaunselor panel bertauliah.

Menurut Azizah, kementeriannya juga akan menambah baik modul kursus perkahwinan sedia ada dengan mengambil kira aspek media sosial yang mampu menjadi punca utama krisis rumahtangga sehingga menyebabkan berlakunya perceraian.

- Bernama

Caj Wad Hospital Kerajaan Seluruh Negara Akan Dinaikkan 50% Mulai Januari 2017

KUALA LUMPUR: Pihak Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan dijangka akan menaikkan caj wad dan rawatan di seluruh hospital kerajaan sehingga 50 peratus mulai Januari 2017, lapor Kosmo.

Kadar kenaikan caj baru berkenaan akan melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di kelas 1 dan kelas 2 di mana ia akan melibatkan semua jenis rawatan untuk warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri.

Bagaimanapun kenaikan itu tidak akan melibatkan pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas 3, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam telah mengesahkan kenaikan caj rawatan hospital kerajaan ini.

Beliau menegaskan kenaikan tersebut wajar memandangkan kos operasi hospital yang semakin meningkat

"Kali terakhir KKM melaksanakan kenaikan caj hospital kerajaan adalah pada 1982, iaitu 34 tahun lepas.

"Walaupun kita naik sedikit berbanding bayaran dulu, tetapi masih ada subsidi yang besar terhadap pesakit kelas 1 dan kelas 2.

"Tanggungjawab utama KKM adalah untuk pastikan bahawa kumpulan (masyarakat) miskin dan berpendapatan rendah yang datang ke sistem perkhidmatan awam tidak dikenakan apa-apa bayaran. Kita tidak lari daripada prinsip itu," katanya

Dianggarkan sebanyak 75 pe­ratus daripada 31 juta penduduk negara ini memilih hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan berbanding hanya 25 peratus yang memilih hospital swasta.

Ketika ini Malaysia mempunyai 143 buah hospital kerajaan de­ngan 41,389 buah katil manakala 183 buah hospital swasta dengan 12,000 katil.

Beliau tutur menegaskan, kenaikan berkenaan dibuat ekoran caj rawatan di hospital-hospital kerajaan masih rendah jika dibanding dengan negara-negara ASEAN lain.

JuruTerbang Jet Wanita Pertama China Maut

HEBEI - CHINA . Seorang wanita yang dinobatkan sebagai juruterbang jet pejuang wanita pertama di China maut dalam sebuah insiden udara, semalam.

Menurut laporan South China Morning Post, jet yang dikemudi Yu Xu, 30 dan seorang juruterbang lelaki terhempas dan mangsa tidak sempat keluar dari pesawat pada waktu yang tepat.

Juruterbang lelaki terlibat bagaimanapun sempat keluar dan terselamat.

Ketika kejadian, mangsa sedang mengemudi jet pejuang J-10.

Yu yang lahir di Chengdu adalah sebahagian daripada Pasukan Akrobatik Udara August 1.

Beliau merupakan satu-satunya juruterbang wanita yang mampu menerbangkan jet pejuang domestik di China.

Tsunami Susuli Gempa 7.8

Kuala Lumpur: Wisma Putra mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia terbabit dalam gempa bumi yang melanda Chrischurch, New Zealand, semalam,

Jurucakap Wisma Putra berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan rakyat Malaysia di kawasan terjejas

“Kami dimaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington bahawa tiada rakyat Malaysia terbabit namun pemantauan akan terus dijalankan bagi memastikan keselamatan mereka," katanya.

Sementara itu, Kementerian Luar dalam kenyataan menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di New Zealand sentiasa berkomunikasi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan mematuhi arahan keselamatan dikeluarkan pihak berkuasa negara berkenaan.

Gempa bumi sekuat 7.8 magnitud melanda New Zealand malam tadi, dan menurut Pusat Ukuran Geologi Amerika Syarikat (AS) ia disusuli tsunami kecil yang melanda persisiran pantai timur laut negara itu.

Jabatan Pertahanan Awam New Zealand mengeluarkan amaran kepada penduduk di timur laut Pulau Selatan negara itu supaya berpindah ke kawasan tinggi.

Reuters melaporkan, ahli seismologi kanan di pusat penyelidikan GNS Science, Anna Kaiser berkata, ombak besar setinggi satu meter direkodkan di Canterbury Utara di Pulau Selatan New Zealand.

“Keadaan itu masih berbahaya dan orang ramai sepatutnya tidak memandang ringan,” katanya kepada Radio New Zealand.

Gempa bumi itu berpusat 91 kilometer di timur timur laut Christchurch - bandar terbesar di Pulau Selatan New Zealand.

Bernama melaporkan, Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan kejadian berlaku pada 7.02 malam, 92 kilometer di timur laut bandar Christchurch.

Gempa 6.3 magnitud melanda kawasan itu pada Februari 2011, meragut 185 nyawa dan menyebabkan kerosakan teruk.

Sehingga lewat malam tadi, Pertahanan Awam negara itu berkata, masih sukar untuk menilai kerosakan atau sama ada berlaku kecederaan serta kematian.

Kisah Yang TakKan Ku LupaKan

Ni citer beberapa hari lepas masa cod barang, saya singgah di sebuah warung makan sebab anak saya ni dah menjerit2 dahaga nak minum air.

Masa duduk dalam warung tu saya perasan ada seorang lelaki tua dengan sorang budak lelaki sebaya umur anak saya mungkin dalam 4 tahun gitu.

Lelaki tu nampak selekeh sangat , kaki tangan hitam berminyak , baju  seluar kasut lusuh mungkin orang susah so nampak uzur je. Budak lelaki tu pun kurus sangat, nampak terketar2 mungkin lapar sangat agaknya.

Saya perhati je dua beranak tu, si ayah pegang pinggan berisi nasi putih bersama anak kehulu kehilir depan lauk2 atas tray makanan. Dua beranak tu memang menarik perhatian semua orang dalam kedai tu, tak kurang juga ada yang pandang sinis seolah2 geli tengok mereka yang kotor. Astaghfirullah.

Hati ni dah rasa semacam, air saya dah lama habis tapi masih melekat bontot saya nak duduk kat situ, leka saya duk perhati ayah lama berdiri depan lauk tapi tak jugak ambil2 lauknya. Anak pula duk tunjuk2 lauk sotong. Mungkin nak makan sotong agaknya.

Last2 si ayah ni ambik kuah je. Nasi putih dengan kuah kosong, jangankan lauk sotong, satu ketul lauk dia tak ambil pun, takde lauk langsung. Anak ni diam je tak cakap apapun bila ayah dia suruh duduk makan nasi kosong dengan kuah semata2.

Masa tu Allah je tahu camana perasaan saya bila tengok dua beranak tu makan nasi putih sepinggan dengan kuah kosong. Air memang takde. Lagi sedih si ayah ni tak jamah pun, duduk sebelah je tengok si anak ni makan. Ayahnya cuma kutip  nasi yang tumpah tepi pinggan anak je suap ke mulut sendiri. Sayu hati tengok.

Ya Allah..

Time tu jugak mengalir air mata saya, sebaknya tak payah cakap la. Susahnya hidup mereka. Kita rasa hidup kita dah susah, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sedih tengok dua beranak tu, saya pun ke kaunter minta pembantu kedai letakkan nasi sepinggan dengan lauk2 sekali. Adalah sikit sotong, ikan bakar , sayur,  telur mata dengan lauk lain. Kemudian saya minta pembantu kedai tu hantar nasi tu ke meja 2 beranak tadi.

Mulanya lelaki tu nampak terkejut, saya dengar dia kata tak nak sebab takde duit nak bayar , tapi pembantu kedai tu kata, ambil laa ada orang belanja. Si anak ni panjang leher2 duk tengokk je nasi penuh lauk, tapi sikit pun tak merengek kat ayah mintak nak makan. Last2 ayah tu amik jugak nasi tu.

Saya dah berjalan menuju ke kereta, dalam kereta saya perhati lagi 2 beranak tu dari jauh. Terkejut saya, bila  tengok lelaki tu menangis. Kepala dia tunduk je ke meja. Tangan duk kesat2 air mata, sesekali dia gosok cium kepala anak yang tengah makan nasi tadi.

Ya Allah lagi la sebak dada tengok lelaki tu menangis sambil peluk anak dia. Bagi saya air mata lelaki kalau gugur membasahi pipi adalah air mata yang sangat2 jujur.

Bayangkan..

Sampai anak saya tanya, mama kenapa mama nangis, ayyad tak naughty lagi, soryy mama.
Saya terus peluk kedua2 anak saya sambil menangis.

Sedih,

Bersyukurla dengan apa yang kita ada sebab bukan semua orang dapat rasa nikmat kesenangan. Kita susah, ingat.. ada lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita.  Semoga Allah memelihara kedua beranak itu.

Ya ALLAH permudahkanlah rzki kami agar dpt membantu mereka2 yg memerlukan

(Gambar) Bagaimana Hendak Bancuh Milo Rasa Seperti Air Milo Lori? Lelaki Ini Kongsikan Cara Bancuhnya


Pasti kita semua tahu akan keenakkan rasa air milo lori yang selalu kita nikmati pada zaman sekolah dahulu, murid-murid akan beratur panjang menunggu giliran untuk mendapatkan segelas air milo yang akan diberikan.

Ramai tertanya-tanya adakah milo yang mereka gunakan lain seperti milo kita gunakan, kerana rasa milo berkenaan lebih sedap berbanding kita bancuh dirumah.

Seorang lelaki bernama Syahrin Yen Zaini telah berkongsikan cara membancuh milo dari pemerhatiannya dari pekerja lori milo membancuh air.

Resepi air milo ini adalah berdasarkan pengamatan saya ketika abang milo bancuh air..anda boleh ubah resepi mengikut keperluan dan rasa anda sendiri..jangan tanya saya apa2 sebab saya tak dapat komisen pun dari Milo..ok lah untuk memendekkan cerita..

8 tin Susu Pekat
8 tin Susu Cair
Air panas
4 paket Milo (1kg) total 4 kg
Ketulan Ais

Masukkan susu cair dan susu pekat dalam bekas, adakah susu cair cap junjung rahsianya membuatkan milo lori begitu sedap dan digemari?

1.Masukkan milo.
2.Masukkan air panas, dan kacau sehingga rata dan sebati.
3.Tuang bancuhan milo tadi dalam bekas berisi ais.
4.Sedia untuk diminum.

Kalau nak bancuh sedikit, buat kira-kira sendiri bagaimana nak kurang atau lebihkan bahan yang digunakan, perlu diingatkan bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan milo kaw kaw tersebut..

saya tidak bertanggungjawab kalau bancuhan milo anda tidak sama seperti rasa milo lori..mendapat diabetes..kos dapur meningkat dan menjadi ketagih terhadap milo..

Selamat Mencuba!!

Fenomena SuperMoon TerBesar Isnin Depan

KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau 'perigee', iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada Isnin depan.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan di sini berkata, fenomena kali ini merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.

"Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang," demikian menurut Angkasa.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa fenomena Supermoon pada Isnin ini akan berlaku pukul 7.24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada 9.54 malam.    

"Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa. Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter Angkasa untuk mendapatkan maklumat lanjut serta berkongsi koleksi imej berkaitan Supermoon. -Bernama

Tokoh Ulama Tertua Kelantan, Ayah Mat Lundang Paku Meninggal Dunia

  KOTA BHARU – Ulama tersohor dan tertua di Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Mamat Awang Noh atau mesra dengan panggilan Ayah Mat Lundang Paku meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang merupakan seorang tokoh agama cukup disegani di seluruh negara ini selamat dikebumikan di Madrasah Lundang Paku, Paya Zaman, Dewan Betta di sini jam 10.30 pagi bersebelahan dengan pusara gurunya, Allahyarham Tok Ayah Said yang meninggal pada tahun 1984.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Madrasah Lundang Paku sebelum dikebumikan itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.45 pagi di sisi cucu tirinya dan murid-murid lain di madrasah yang diasasnya sejak 40 tahun itu akibat sakit tua.

Anak muridnya, Mohd. Idris Haron,47, berkata, Allahyarham meninggal dunia ketika sedang tidur sebelum disedari oleh cucu tirinya.

‘‘Allahyarham semasa hayatnya merupakan seorang insan yang cukup gigih mendalami ilmu agama selain mempunyai anak murid yang ramai di seluruh negara.

‘‘Pemergian Allahyarham amat dirasai kerana Ayah Mat ba­nyak menghabiskan masanya dengan me­ngajar agama,’’ petik Utusan.

Terdahulu, Ayah Mat Lundang Paku berusia 127 tahun ini me­rupakan di antara ulama tertua di Kelantan dan difahamkan sewaktu zaman mudanya, Allahyarham banyak menuntut ilmu agama dan telah berulang alik ke Mekah sebanyak 12 kali.

Allahyarham juga dikatakan merupakan anak murid dan sahabat Tok Kenali, juga seorang tokoh ulama tersohor di Kelantan.

Tahniah JDT :- CINCIN KHAS UNTUK TANDA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM MEMENANGI LIGA SUPER MALAYSIA TIGA (3) TAHUN BERTURUT-TURUT

CINCIN KHAS UNTUK TANDA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM MEMENANGI LIGA SUPER MALAYSIA TIGA (3) TAHUN BERTURUT-TURUT

Ini adalah rekabentuk cincin emas & platinum bertatahkan berlian dan batu nilam berharga RM85,000 setiap satu yang akan diberikan kepada para pemain, kakitangan dan staff Johor Darul Ta'zim di atas kejayaan kelab menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ketiga berturut-turut. Ianya merupakan satu kenangan tanda kejayaan mereka yang merupakan sebahagian sejarah hebat yang telah dilakar oleh kelab Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor.

#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Racun organik untuk mealy bug dan beluncas biasa

Racun organik untuk mealy bug dan beluncas biasa:

Nak share je..ini cara saya:

Blender 1 labu bawang putih (dgn kulit), campur 6 biji cili padi dgn 1 cawan air....  simpan  bahan blender tu semalaman.

Keesokkan harinya:
Guna sprayer 1.5 litre, ambil 1/4 dari bancuhan di atas,  dan  masukkan 1.5  liter air, 2 sudu minyak masak dan dua sudu sabun cecair basuh pinggan atau breeze/fab serebuk.
Goncang sprayer dan spray racun organik tu pada pokok yg bermasalah dan juga pd pokok yg tidak bermasalah sbagai kawalan. Spray sampai basah terutama dibawah daun2. Selalunya terkena saja air bancuhan ni, terus badan bena tu jadi merah.

Inshaallah ok. Lebihan yg di blend tadi disimpan dalam freezer untuk diguna di lain kali.....

Selalunya saya buat sekali saja....tak perlu diulang.

Tampil Berbeza Di Gegar Vaganva, Zulin Aziz Kongsi Rahsia Hilang 10 Kg Tanpa Ambil Ubat Kurus

Nampaknya nama Zulin aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz begitu menjadi sebutan selepas beliau tampil berbeza dalam Gegar Vaganza beberapa hari lalu.

Mana tidaknya, dalam penampilan di Konsert Gegar Vaganva itu, beliau telah tampil dengan bentuk badan yang baru dan tidak berisi.

Jadi, ternyata usaha beliau sejak sebelun setengah yang lalu membawa hasil yang menakjubkan. Jadi inilah rahsia Zulin untuk tampil berbeza dari sebelum ini.

Sebelum ini dipetik laporan Berita Harian, Zulin menyatakan beliau mula mengambil inisiatif mengamalkan kehidupan sihat selepas pernah terkilan gara-gara sukar menggayakan baju yang disukai atau pakaian yang ditaja.

"Dulu berat saya pernah juga susut sehingga 60 kilogram (kg) kerana mengambil ubat kurus. Tetapi, sedikit demi sedikit berat badan saya semakin naik semula sehingga mencecah 75 kg.

"Lebih mengecewakan, saya sudah rasa seperti tiada baju yang boleh dipakai. Apabila ada pihak yang ingin menaja pakaian, ia tidak muat. Jadi saya perlu mengambil inisiatif sendiri iaitu dengan menguruskan badan.

"Alhamdulillah, saya sudah melihat kesannya apabila tubuh saya semakin ringan. Kalau nak diikutkan, inilah kali pertama saya bersungguh-sungguh mahu bersukan kerana sebelum ini bersenam bukan pun minat saya," ujarnya.

Zulin berkata, beliau juga ingin tampil langsing kerana sering dianggap lebih tua berbanding usianya yang sebenar.

"Bayangkan, orang yang lebih berusia memanggil saya kakak. Itu maksudnya saya tampak lebih matang daripada usia sebenar. Saya tidak salahkan mereka. Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan bersenam dan menjaga pemakanan dengan baik," katanya. -

Pesawat AirAsia Tergelincir di Landasan di Kota Bharu

Sebuah pesawat AirAsia tergelincir di landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 10.25 malam Selasa ketika sebelum berlepas.

Sebuah pesawat AirAsia jenis Airbus A320 tergelincir di landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan pada jam 10.25 malam Selasa ketika sebelum berlepas.

Kejadian berlaku ketika pesawat AK6443 dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur itu membuat pusingan 'u' di hujung landasan.

AirAsia dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan, kesemua penumpang dan anak kapal di atas pesawat selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan itu lagi, pesawat AK6446 yang dijadualkan tiba di dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu telah dibatalkan.

"AirAsia akan memaklumkan kepada penumpang mengenai jadual pelepasan terkini," kata AirAsia.

Ekoran daripada kejadian itu penerbangan terpaksa ditangguhkan dan kini kerja-kerja mengeluarkan tayar tersebut sedang giat dilakukan oleh petugas lapangan terbang.

Jika Berbuih Selepas Perap Dalam Peti Sejuk, Itu Minyak Kitar Semula

KOTA BHARU – Pengguna boleh mengenal pasti minyak masak yang di kitar semula dengan cara pemerapan minyak yang dibeli di dalam peti sejuk selama dua jam.

Ketua Aktivis PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, selepas dua jam, minyak itu akan berbuih, maka terbukti ia telah dikitar semula dan membahayakan kesihatan.

“Pelbagai bukti telah ditemui namun sehingga kini penjualan minyak kitar semula ini tetap berleluasa dan PPIM mendapati 90 peratus dari restoran di Malaysia menggunakan minyak kitar semula ini,” katanya.

Menurutnya, selain itu, pelbagai cara lain boleh digunakan untuk mengenal pasti ketulenan minyak masak dan antaranya dengan memasukkan seulas bawang putih ketika menggoreng sayur, jika bawang putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun.

Beliau berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab.

“Seharusnya masyarakat tidak berkompromi dengan harga yang murah, sebaliknya selidik terlebih dahulu sebelum membelinya di pasar malam atau sebaliknya.

“Kami berharap pihak berkuasa mengambil berat perkara ini. Lakukan pemantauan supaya ia tidak terus berleluasa. Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit.

“Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul dari dapur restoran tidak halal. Mungkin minyak tersebut telah digunakan untuk goreng daging khinzir dan disimpan dan kemudiannya dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah,” katanya

Sumber: Sinar Online