NASIHAT DR DOKTOR - 11 CARA MENJAGA KESIHATAN RAHIM YANG PATUT WANITA TAHU!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rahim, aset penting bagi wanita. Bagi wanita yang dilahirkan sempurna dengan rahim, wajib menjaga aset penting ini sebaiknya. Rahim ni ibarat enjin bagi wanita... Jika baik Rahim, baiklah kesihatan badan wanita itu...

Bagi wanita yang pernah melahirkan... Semestinya terlebih penting untuk ambil kisah tentang penjagaan Rahim agar terus sihat. Zaman moden sekarang ni berapa ramai wanita yang mengalami prolaps atau Rahim jatuh terutama selepas melahirkan ... Antara puncanya ialah selalu angkat barang berat, tak berpantang betul-betul, kurang buat senaman untuk Rahim seperti senaman kagel dan juga tak jaga pemakanan.

Jadi, MF nak kongsikan 11 cara untuk jaga rahi!M yang ditulis oleh Dr. Hamid Arshat.

Cara-cara menjaga rahim

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor-faktor penyebab yang timbul dari sekitaran.

2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).

Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.

Diantaranya:
– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan. Sesetengah makanan seperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

4. Faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.

5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan.Kena ajar anak-anak perempuan makan sayur dan buah lepas ni....

Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan  Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.

Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.

Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.

Perbanyak makan sayur-sayuran khususnya yang hijau seperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak makan buah-buahan saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.

Sumber : Dr Hamid Arshat

Cerita Komen yg Amat Menyentuh Hati Pembaca

Kepada tuan punya status, dengan ini saya meminta izin daripada anda supaya saya boleh mengomen status anda. Suka atau tidak terpulang kepada anda untuk membacanya dan berharap anda dapat memahami apa yang saya komen. Sebenarnya saya tidak tahu apa yang saya komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen status, bahawasanya status anda terpilih untuk dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya sebagai tukang komen. Sekali lagi saya menyatakan bahawa diharap anda dapat memahami komen saya kerana apa yang saya komenkan disini amatlah panjang. Tapi tidak salahlah jika komen saya panjang jika isinya padat dan lengkap memenuhi informasi semasa. Mungkin anda hairan apa yang saya komenkan disini, tapi ternyata status anda memang tiada kaitan dengan apa yang saya komenkan kerana secara tidak lansung komen saya ini akan memberi manafaat kepada status anda supaya status anda lebih menyerlah berbanding biasa. Dengan itu teruslah membaca komen saya kerana apa yang saya komenkan disini akan memberi inspirasi kepada anda untuk mengupdate status baru yang lebih informatif, kreatif, progresif dan innovatif. Namun cerita saya disini belum habisnya, masih ada banyak lagi kesempatan yang saya ingin komenkan disini selagi facebook masih online selagi itulah saya tidak hentinya mengomen status siapa-siapa saja yang saya mahu komen. Jadi anda harus berasa bertuah kerana anda bukan saja terpilih, tetapi status anda menang menjadi kesukaan saya, ya saya suka dengan status anda dengan itulah saya tidak henti mengomen tentang kesukaan saya terhadap status anda. Namun komen saya belum lagi berakhir disini. Mungkin anda berasa pening mahupun juling kerana membacanya tetapi tangan saya masih mampu untuk menaip komen untuk anda biarpun apa yang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong tetapi tangan ini terus menaip komen. Alangkah sukanya saya jika dapat mengomen status anda di hari-hari yang berikutnya selagi facebook masih online, maka disitulah saya mengomen dan terus mengomen siapa saja yang saya suka. Jikalaulah anda tidak meneruskan membaca komen saya disini, mungkin anda telah pengsan, mahupun sedang dibawa ambulance pergi hospital, tetapi jika anda sedang membaca apa yang saya komenkan disini, maka tahniah!! kerana anda seorang yang penyabar. Kerana itulah saya menyukai anda dan juga status anda. Maka dengan itulah lah saya akhiri komen saya disini. Tidaklah saya mampu untuk menaip dengan lebih panjang lagi kerana apa yang saya komenkan tidaklah saya sendiri memahaminya, adalah kemungkinan anda seorang yang gila membacanya. Namun ketahuilah anda bahawa dalam pada saya sedang menaip komen anda, telah habis Mee Sedap 3 bungkus dikala mencari idea untuk menaip komen status anda. Ya itulah kesanggupan saya mengomen status anda, dan dengan itulah berakhirnya komen saya disini.

Tidak Mengapa Jika Di Awal Perkahwinan Hanya Makan Bersila Sahaja, Kerana Hidup Bersederhana Lebih Indah Bila Bersama

Pasangan suami isteri yang baru sahaja memasuki alam perkahwinan sudah pasti mengharapkan ikatan yang dibina, dapat bertahan sehingga akhir hayat. Ia adalah impian buat semua orang, di mana ingin mempunyai zuriat, membesarkan mereka, dan menjalani senang dan susah bersama-sama.

Jika sebelum ini, majlis perkawinan yang dijalankan, memerlukan belanja yang tinggi, ia pasti akan membuatkan pasangan kekurangan sumber kewangan buat sementara waktu. Bukan bermaksud tidak boleh berbelanja, cuma perlu lebih teliti, dan bersederhana. Ianya bagi memastikan proses menyimpan wang, menjadi lancar.

Untuk itu, bagi pasangan yang baru sahaja membina masjid, anda tidak perlu risau jika rumah yang didiami mempunyai kekurangan, kerana bukan harta benda, atau kekayaan yang mampu membeli kegembiraan perkahwinan tersebut. Saudara Amir Syahir kongsikan bagaimana untuk hidup bahagia selepas berkahwin.

Hidup Bahagia Selepas Kahwin

Pada pasangan muda yang baru berkahwin, pasti memerlukan banyak perbelanjaan untuk memulakan kehidupan baru.

Hidup secara bersederhana pada hari ini tanpa perlu berhutang yang tidak perlu adalah lebih bahagia agar pada masa hadapan kita dapat melihat keluarga lebih ceria dan tersenyum mesra.

Banyak wang telah dibelanjakan untuk majlis perkahwinan. Jadi kau memerlukan masa sekurang-kurangnya 1-3 tahun untuk 'recover' balik kewangan. Kalau majlis kahwin kau tu mak ayah taja takpe lah.

Mahu hidup bahagia selepas kahwin dalam segi pengurusan kewangan dan hartanah? Baca ini:

1. Tilam lipat bukan dosa. Bila bahagia setiap malam senyum sahaja.

2. Tetamu datang duduk bersila perkara biasa. Tak perlu beli sofa berhutang dekat Courts atau kedai perabot.

3. Makan bersila tanpa meja makan indah belaka. Jika masakan isteri sedap sehingga menjilat jari.

4. Suami ada kereta bagi isteri pakai, suami naik motor pergi kerja. Tak perlu beli kereta baru.

5. Beli rumah apartmen kos medium bahagia juga. Isteri tak penat bersihkan rumah besar yang mengalahkan istana.

6. Satu rumah untuk duduk guna gaji suami. Satu rumah untuk pelaburan guna gaji isteri. Tak perlu beli rumah ada kolam renang sampai perlu gabung pendapatan.

7. Tak perlu beli televisyen lebar sedepa, tak perlu beli speaker sama tinggi dengan tinggi bini. Berbual dengan isteri tercinta lebih bahagia.

Antara perabot DIY (Do It Yourself) gua. Kejuruteraan pertukangan gua memang kelaut. Rak kasut tu main paku je. Meja ruang tamu yang zero modal.

Mulakan hidup berumah tangga secara sederhana supaya keluarga kita lebih bahagia pada masa hadapan.

Ramai pasangan bercerai disebabkan faktor kewangan. Jadi kau kena ambil berat tentang pengurusan kewangan. Siang malam gaduh pasal duit tak cukup susah juga. Banyakkan membaca tentang pengurusan kewangan yang berkesan ye.

Bukan tak boleh beli itu ini selepas berkahwin. Tapi tahan dulu untuk sementara waktu. Jangan beli secara hutang. Ini tidak, satu barang rumah beli secara hutang.

Mulakan buat tabung simpanan suami isteri. Jangan simpan hati yang terpilu ye, tapi simpan wang untuk beli rumah, buat pelan pendidikan anak-anak, melabur dalam instrumen pelaburan yang diyakini dan sebagainya.

Yang nak kahwin tahun ni. Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah gua doakan. Jangan buat pembiayaan peribadi semata-mata nak kahwin ye. Nanti anak kau dah masuk tadika, hutang belum habis bayar lagi.

Sampai hati ibu...

Tampin: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui ditinggalkan sendirian di rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan di sini, selepas ibunya pulang ke kampung.

Difahamkan, penduduk mendengar tangisan kanak-kanak terbabit dari dalam rumah gelap lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut, 12.45 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, bertindak atas laporan itu sepasukan anggota ke lokasi dan menemui kanak-kanak terbabit menangis kalaparan dan dalam keadaan berbogel dikurung dalam rumah.

Menurutnya, anggota polis memberikan makanan dan minuman kepada kanak-kanak itu sebelum dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.

"Siasatan lanjut dilakukan kemudian menahan ibu mangsa. Wanita berusia 29 tahun itu mengaku meninggalkan anaknya kerana pulang ke kampung bersama dua anak lelakinya, 6 petang semalam.

"Wanita terbabit mendakwa suaminya tidak mengetahui budak itu adalah anaknya kerana diberitahu dia anak orang lain yang dijaga wanita terbabit.

"Keluarga dan jiran pula tidak mengetahui kewujudan anaknya itu kerana dilahirkan luar nikah dengan lelaki lain sebelum dia berkahwin dengan suaminya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

FIFA Bagi 'Lampu Hijau', Benarkan Faiz Subri Pakai Baju Melayu Ke Anugerah Puskas 2016

Jika sebelum ini diberitakan yang calon Akhir Anugerah Puskas 2016, Mohd. Faiz Subri sedikit kecewa kerana kemungkinan tidak dapat berbaju Melayu kerana perlu memenuhi kod berpakaian dalam majlis Anugerah Puskas 2016 di Zurich nanti.

Namun dalam perkembangan terbaru daripada FIFA, permintaannya untuk memakai pakaian tradisional, baju Melayu di Zurich, Switzerland 9 Januari ini mendapat ‘lampu hijau’ daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Setiausaha Agung Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam satu kenyataan mengesahkan perkara ini di mana selepas pihaknya menghantar permohonan kepada FIFA agar pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu dibenarkan memakai baju Melayu pada majlis berprestij tersebut.

“Kami sudah menghantar permohonan itu sejak awal Disember lalu dan akhirnya mendapat kelulusan daripada FIFA. Saya dah maklumkan kepada Faiz (tentang berita ini).

“Terpulang kepada Faiz sama ada mahu memakai baju melayu atau sut seperti yang diminta oleh penganjur berhubung kod pemakaian,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Kebiasaannya calon atau pemenang anugerah FIFA akan hadir di majlis tersebut dengan mengenakan sut lengkap.

Faiz juga bercadang untuk berucap dalam bahasa Melayu seandainya dia diberi peluang berucap di atas pentas, ia adalah perkara biasa kerana ramai bintang-bintang terkenal sebelum ini seperti Penyerang Argentina, Lionel Messi bertutur dalam bahasa Sepanyol ketika memberi ucapan selepas diumum sebagai pemenang Ballon d’Or 2015.

Pemenang Puskas 2015, Wendell Lira dari Brazil juga bertutur dalam bahasa ibunda ketika berucap.
Faiz akan bers­aing de­ngan dua lagi calon akhir iaitu Marlone dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela bagi Anugerah Puskas 2016.

Ilmu yg Bermafaat khas utk SUami isteri

Assalamualaikum..

Terima kasih kpd admin kerana sudi siarkan coretan aku ini. Aku harap dpt menjadi peringatan buat pasangan di luar sana dan mungkin boleh membantu kawan baik aku dari tersilap percaturan.

Aku rasa terpanggil utk menulis slps terbaca kajian sebuah universiti yg menunjukkan semakin ramai isteri di Malaysia yg mendera suaminya..

Aku sendiri ada pengalaman melihat seorang rakan yg asalnya sgt lemah-lembut & sentiasa tersenyum manis tetapi slps 15 tahun berkahwin.. aku mendengar sendiri dia memaki suaminya di dlm kereta. Pernah juga dia membaling nasi yang dibeli ke muka suaminya. Mengapa jadi begitu??

Rakan aku lulusan sekolah agama. Dia orang terpelajar. Menutup aurat sepenuhnya. Antara pelajar trbaik di sekolah kami. Tetapi dia berubah 100% dari segi sikap dan tingkah laku terutama terhadap suaminya.

Pada mulanya aku nasihatkan dia agar jgn menjadi isteri derhaka, dia memandang aku dgn sinis dan berkata “ko ambik laki aku.. ko jaga 4 bulan. 4 bulan je.. silap aribulan, mulut ko lebih jahat dari mulut aku.”

Aku terkejut mendengar kata-katanya..

Aku mengambil masa berbulan-bulan mencari peluang utk slow talk dgn kawan aku tu.. apa yg menyebabkan dia berubah. Rakan seasrama yang paling lembut orangnya menjadi sgt zalim dengan suami sendiri.

Akhir suatu hari aku berpeluang bertemu dia di hujung minggu. Hanya kami berdua. Itu yg aku pinta kpd suami aku.. satu hujung minggu bersama kawan baik aku tu tanpa anak dan suami spt kebiasaannya. Aku sayang kwn aku.. aku tidak mahu dia menjadi isteri derhaka. Aku mahu dia masuk syurga bersama keluarganya.

Biarlah aku namakan kawan aku Mira. Khatam al Quran dan pandai mengaji. Orangnya mmg cantik. Ramai yg ingat dia masih anak dara. Mungkin kerana sikapnya yg sentiasa sopan dan menghormati org lain menyebabkan kecantikannya lebih terserlah. Makcik cleaner kat asrama pun sayang kat dia. Bukan aku memuji berlebihan, tapi itulah Mira yang aku kenal kerana dduk sama2 di asrama sekolah agama dari ting 1 hingga ting. 6. Kemudian kami masuk universiti yg sama. Universiti mana tu, tak payahlah aku highlight.. korang dh boleh agak kan..

Aku pujuk Mira cerita apa masalahnya. Pd mulanya Mira bercerita dgn perasaan marah sblm akhirnya dia menangis semahu2nya di bahu aku. Wajahnya menggambarkan kekecewaan yg amat sgt.

Kata Mira.. dia benci apabila semua org memuji suaminya “baik”. Mira kata suaminya suka melayari video lucah. Suaminya suka melihat perempuan seksi2 tapi memaksa dia menutup aurat sepenuhnya dan tidak benarkn dia berckp dgn lelaki lain walaupun saudara -mara atau rakan sekerja. Kawan2 perempuan pun dilarang dari berjumpa. Itulah yg berlaku bertahun-tahun.

Suaminya peramah dgn semua org tetapi di dlm rumah, suaminya jarang bercakap dgn Mira dan anak2. Kata Mira lagi “Suami aku bawa bala dlm rumahtangga aku, malaikat rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah aku, video lucah sgt byk.” Setiap kali mereka bergaduh. Suaminya akn mmbalas dgn melayani perempuan lain chatting sehingga lewat pagi. Sengaja.. seolah-olah ingin “padan muka” kwn aku tu. Ramai perempuan berbogel dlm hp suaminya dan kdg2 ank-anknya terlihat foto lucah itu ketika ank-ank Mira main game menggunakan hp bapanya yg sdg tidur. Oh yaa.. suami Mira kaki tidur.. di rumah dia akan tidur sepanjang siang tetapi suka berjaga malam melayari internet atau keluar dgn kwn2.

Katanya lagi suaminya bukan kuat seks.. main pun setakat 2, 3 minit, mungkin Allah sudah tarik nikmat bersama isteri kerana terlalu asyik menonton video dan gambar lucah bertahun2. Itu belum lagi group whatsapp yg dihuni rakan lelaki sefelda suami. “Melucah 24 jam, bahkan ada kalanya rakan suami Mira upload video mereka melakukan seks dgn isteri masing2” katanya. Ini menyebabkan Mira sgt trauma. Dia sentiasa bimbang suaminya akn melakukan perkara sama kerana suaminya suka rakam ketika mereka melakukan hub suami isteri, selalunya tanpa pengetahuan Mira. Ini kerana Mira akan delete jika tau ada rakaman ketika mereka melakukan hub. suami isteri. Suami apakah yg sentiasa membuat isteri sendiri rasa tidak selamat dlm rumahtangga selama 15 tahun ??

Akibat sering tidur lewat. Suaminya tidak solat subuh. Selama perkahwinan mereka, Mira la yg menguruskan persekolahan ank2 setiap pagi. Sehingga suatu hari suaminya diberhentikan kerja kerana kerap lewat dan ponteng.

Ingatkan suami Mira insaf. Rupa-rupanya semakin teruk. Bercinta sakan melalui whatsapp pula dgn seorg student bernama Ida dari Trengganu hingga tahap berani naik tgn ke badan Mira. Mira pernah dilempang dan ditolak sehingga jatuh.
Dari situlah mulanya Mira melawan suaminya. Mira benci sebenci pd suami slps Ida menghubungi Mira mengaku mereka bercinta dan minta izin utk kawen dan berkongsi kasih. Mira kecewa. Dlm keadaan hanya dduk goyang kaki di rumah, suaminya sempat bercinta melalui whatsapp hari2. Sedikitpun tidak hargai susah payah Mira bekerja mencukupkan belanja rumah.. memasak sblm pergi bekerja pagi2 dan mengemas rumah slps balik kerja.

Mira minta tinggal berasingan selama 4 bln atau jika suaminya ingin juga berkahwin dgn Ida maka Mira mahu diceraikan. Tetapi suaminya tidak mahu lepaskannya sbb Mira yg menanggung semua perbelanjaan selama ini. Suaminya tidak mahu menceraikannya sedang Mira sudah benar2 merana. Tambah masalah apabila seluruh ahli keluarga suami menghina Mira dan keluarga Mira sendiri memarahinya apabila Mira bercerita masalahnya kpd ahli keluarga dgn harapan menggunung, mereka akan membantunya.

Mira dimarahi dan dihina kerana tidak boleh bersabar dgn suami yg dianggap baik di depan mata mereka. 15 tahun bersabar, bukanlah jangka masa yg pendek. 15 thn Mira TIDAK PERNAH mmbuka mulut ttg keburukan suaminya. 15 thn dia simpan seorg diri. Kini Mira tidak boleh lagi berada dekat dgn suaminya.. perkataan BODOH, BABI, BANGSAT, CELAKA dihamburkan kpd suaminya setiap hari. Aku sendiri pernah dengar semasa aku tumpang kereta mereka. Masa tu aku berkursus di tempat Mira dan minta tolong Mira hntar aku ke airport slps aku habis kursus.

Suaminya hanya mendiamkan diri setiap kali Mira mengamuk sbb tahu dia tersilap melukai hati isterinya bertahun2 sehingga menjadi luka yg sgt dlm.. yg pd pandangan aku tidak mungkin akan sembuh kembali. Kawan aku sudah berubah. Dia patah hati sehinggakan terkeluar dari mulutnya “andai suami aku sujud di kaki aku sekalipun, aku takkan maafkan dia. Aku haramkan semua duit gaji aku menanggung suami selama ini. Aku tuntut nafkah aku yg tidak pernah diberi dari mula kawen, jika tidak dpt dari suami aku.. aku tuntut dari bapa mertua aku walaupun di akhirat nanti.”

Buat Mira.. andai kau terbaca coretan aku ini. Aku hanya mahu kau tahu. Aku sentiasa ada utk kau. Allah sentiasa ada bersama kau. Aku tidak mahu memaksa kau kembali seperti dahulu.. aku mahu kau bertenang. Apa shj keputusan kau, aku yakin keluarga kau akan tetap bersama kau walaupun kau akan mencipta sejarah sbg org pertama yg bercerai dlm family kau.

Buat suami Mira.. kau sdg kehilangan seorg isteri yg penyayang kpd anak2 kau. Kau telah hilang seorg isteri yg taat kpd kau. Aku pinta jika kau baca coretan ini, ikutlah permintaan Mira. Dia mahu kau keluar hanya dlm tempoh 4 bulan shj. Tinggal berasingan supaya dia boleh bertenang. Tapi kau tak mahu. Kau tetap berdegil dgn muka selamba bodoh kau duduk di rumah itu seolah-olah tiada apa yg berlaku. Kau sedang menambah luka dihatinya dgn berkeras tidak mahu bercerai tetapi tidak mahu juga berasingan buat sementara waktu. Mira tinggi ilmu agamanya tetapi dia juga manusia biasa. Berilah dia peluang utk bertenang atau aku bimbang dia akan menjadi gila kerana sikap kau. Paling aku takuti, bila dia berkata, suatu hari nanti dia akan bunuh kau ketika kau sdg tidur.

Buat Ida dari Trengganu. Aku tidak tahu apa yg kau katakan saat kau ingin berkongsi kasih dgn Mira. Tapi ketahuilah, kau kini menjadi penyebab Mira mula bersikap kasar dan biadab. Mira mula menunjukkan sikap isteri derhaka slps kau berjumpa dgnnya. Andainya rumahtangga mereka runtuh. Walaupun bukan 100% salah kau tapi aku harap kau bersedia utk berkahwin dgn lelaki yg gian benda lucah dan pandai berlakon spt lelaki beriman di hdpn semua org. Keburukan yg hanya isteri yg tidur sebantal shj yg tahu.

Buat keluarga Mira.. slps 15 thn baru kalian dgr cerita suami Mira.. luangkanlah masa. Dekati Mira dan bantulah dia. Dia sdg merana. Dlm hatinya penuh luka. Jiwanya kini sgt lemah. Dia perlu seseorg yg tidak terus-menerus menyalahkannya. Dia perlu seseorg yg dpt membantu dia buat keputusan yg tepat.

Buat lelaki2 di luar sana termasuk suami aku.. Tundukkanlah pandangan. Sahabat2 Nabi lebih rela berjalan di blkg singa dari berjln di blkg perempuan. Andainya kalian sengaja menggunakan perempuan lain utk “padankan muka” isteri dan menyakiti hati isteri atas kesalahan isteri kononnya, sedarlah anda sedang “menempah neraka utk isteri” yang anda nikahi dgn akad dan sumpah sbg suami yg sepatutnya melindungi isterinya dari keburukan2 di luar. Ingatlah syaitan sntiasa berusaha memisahkan suami isteri setiap saat. Jgn sbg suami, kalianlah yg membawa syaitan-syaitan itu masuk ke dlm rumahtangga.

Aku berlindung dgn nama Allah agar aku tidak diduga spt Mira.. semoga Allah membantu Mira. Semoga dia kembali tenang.. aku sayang kau Mira.. aku tak mahu kau jadi isteri derhaka.. aku juga tidak mahu kau merana. Buatlah keputusan yg tepat. Keputusan yg dpt menenangkan jiwa kau dan mengembalikan senyuman di wajah kau. Aku benar-benar sayangkan kau.

Hampir 23,000 Orang

Sejumlah 12,910 penduduk terjejas akibat banjir di Terengganu, manakala di Kelantan, keadaan banjir turut menjejaskan 10,041 orang.

Keadaan banjir di negeri-negeri pantai Timur iaitu di Terengganu dan Kelantan semakin bertambah buruk dengan hampir 23,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan setakat tengah hari ini.

Banjir yang disebabkan hujan lebat semalaman juga melanda 10 kampung di utara Sabah dengan 135 orang daripada 27 keluarga dipindahkan ke tempat selamat di Kampung Rukom Ulu dekat Pitas.

Sejumlah 12,910 penduduk daripada 3,550 keluarga terjejas akibat banjir di Terengganu dengan 139 pusat pemindahan kini beroperasi.

Di Kelantan, keadaan banjir turut menjejaskan 10,041 orang daripada 3,334 keluarga dengan 74 pusat pemindahan dibuka.

Terengganu dan Kelantan masing-masing mempunyai 10,734 dan 8,640 mangsa banjir pagi ini.

Keadaan banjir yang semakin buruk memaksa 63 sekolah ditutup di Terengganu hari ini, yang melibatkan 16,938 murid dan 1,949 guru.

"Pada mulanya pihak kami berhasrat untuk menutup 24 sekolah namun hujan lebat semalaman menyebabkan jalan masuk ke 39 sekolah yang lain telah terhalang atau dilanda banjir, kata Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin.

Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan berkata penutupan 48 sekolah di negeri itu melibatkan 15,084 murid.

Orang ramai terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk sampai ke tempat kerja, dengan satu kes menyaksikan 50 kakitangan Hospital Hulu Terengganu meredah air banjir dengan menaiki jentolak.

Di Sabah, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata 10 kampung yang dilanda banjir adalah Kampung Bilangau Besar, Kampung Rukom Ulu, Kampung Sinasak Batu, Kampung Sibaung, Kampung Kusilad dan Kampung Pandan Mendamai.

Kampung yang lain adalah Kampung Salimpodon Darat, Kampung Pinggan-Pinggan, Kampung Indah dan Kampung Dandun. -Bernama