Tiba-tiba di ‘serang’ LHDN... apa nak buat?

Sebelum tue nk share skit ‘impact’  jika anda slh seorang dari ‘Pelarian Cukai’

+ Ramai kwn² sye yg bisnes online dah kena... tp income diorg bkn la lebat sgt pun.. biasa² jer... yg baru berniaga x smpai setahun pun kena... aduss!!! Yg sale 5-6 angka mmg confirm la kena...

+ Tiba² dpt email ‘surat cinta’ dr LHDN.. dlm email tue mtk dia kemukakan No akaun LHDN dan butiran² lain.. yg x pernah² declare mmg ketaq lutut.. bertahun² bisnes x pernah pun jejak kaki ke LHDN.. akaun pun tkder! Naya beb!

+ Last²  kena saman beribu².. ada yg x mampu nk bayar penalty & tunggakan siap kene buat bayaran instalment dgn LHDN.. dah mcm byr loan bank!





+ Nak melancong jgn harap lah! Kesian.. dah lah bisnes ni kena byk keluar Negara.. tapi sangkut dkt imegresen... niat nk ke UMRAH pun terbantut!

+ Syarikat yg x der bisnes, wajib submit laporan. Kalau x, semua nama dlm borang pendaftarannya akan didenda RM5k seorang.

+ Ramai orang sangka, kalau kita diam² sahaja.... SSM tak tahu kita buat bisnes. Jangan main²! SSM tahu akaun bank anda.

+ Ada peniaga online buat bisnes dgn x daftar syarikat. Duit sale semua msuk akaun bank personal.. Ingat, akaun personal  yg mcm ‘masyukk’  bank bole BEKU kan akaun tue.. Maknanya, x boleh keluarkan duit dah!. Lps bank dah blacklist nama anda nk nyesal pun x guna dah.. Bank ikut arahan Bank Negara. Bank Negara ikut arahan LHDN

+ Enterprise x perlu submit report kewangan kpd SSM, tp kene submit repot  cukai di LHDN jer.. Salah satu cara LHDN mengetahui kita mempunyai income yang banyak melalui pembelian aset yang perlu di buat duti setem.

+ Mcm kes kawan saya tue LHDN mmg sengaja beli produk die.. dan die pun ader perasan staff LHDN order brg die dan suruh pos ke alamat ofis LHDN.. dan satu lagi kawan saya tue mmg ade website dan extension domain die .my jadi kami syak LHDN ada ‘power’ utk selidik website sesiapa saja yg mereka nak.. jadi jaga²... 

+ Enterprise pun wajib declare Pendapatan tau.. kene tax atau tak bukan keputusan anda! Janji declare... Pengalaman saya mula² buka akaun LHDN mmg mudah.. x perlu lantik Tax Agent.. jimat hmpir 1k tau.. buat sendiri free jer.. Anda walk in ke LHDN mmg ramai pegawai² yg ditugaskan utk bantu anda dr ZERO... diorg mmg friendly... lagi² LHDN cawangan Bandar Baru Bangi...



JANGAN TAKUT...



+ Jika anda belum pernah byr cukai hasil dr pendapatan perniagaan, sebenarnya anda masih diberi peluang oleh LHDN untuk membayar tunggakan cukai dan ada rebat jika anda selesaikan sebelum akhir tahun ini.. Terus pergi ke pejabat LHDN yg terdekat..

+ Jika anda masih belum ada akaun dgn LHDN saya nasihatkan... Jgn LARI ! cpt2 pergi ke LHDN dan mohon buka akaun LHDN anda...

+ Bila nk daftar tu jgn lupa bawa dokumen bwh ni.. prepare siap² sebelum dtg...

Salinan dokumen pengenalan ( i/c)
Pendaftaran perniagaan (SSM)
PENYATA PENDAPATAN (PENYATA UNTUNG RUGI)

PENTING!

+ Utk sediakan penyata pendapatan @ penyata untung rugi bagi Enterprise anda perlu ada ilmu ttg Perakaunan yg Mantap! Bab ni bukan mudah.. Nak lantik akauntan kalau mampu byr smpai 3k tkpe la... Atau nk langgan system akaun yg kene byr bulan² kalau mampu tkpe la...

+ Khas utk anda yg nak jimat kos pengurusan dan seterusnya nk elakkan dari di ‘serang’ LHDN saya rekemen sgt² system yg saya guna sekrang ni sbb selain bole kira CUKAI sistem ni pun bole kira ZAKAT anda...

Jumpa Bayi Bertali Pusat

Kuala Lumpur: Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui orang ramai di hadapan rumah pangsa di Salak Selatan, di sini, 2.15 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, bayi itu ditemui masih hidup dan dipercayai baru beberapa hari dilahirkan.

"Pihak kami sedang mencari ibu bayi berkenaan dan telah melakukan beberapa semakan ke atas klinik dan hospital berhampiran bagi mengesan wanita itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, bayi itu kini dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Kembar Lee Chong Wei Jadi Popular Di Facebook

Ika Syazwani, gadis yang berusia 24 tahun tidak menyangka status yang dimuatnaik di laman Facebooknya menjadi viral gara-gara wajahnya yang mirip seperti Dato’ Lee Chong Wei.

Ika yang merupakan penuntut di Universiti Utara Malaysia dalam bidang matematik dan statistik memuatnaik status “`Congrats my twin! #DatoLCW” dan status itu menjadi viral serta dikongsi ramai oleh pengguna Facebook.

Ika berkata mungkin struktur wajah yang sama menyebabkan orang ramai berkata wajahnya mirip seperti Dato’ Lee Chong Wei. Ika memberitahu wajahnya diwarisi dari neneknya yang berbangsa cina.

Sebelum ini, Ika pernah mendapat perhatian Netizen selepas gambarnya menjadi viral ketika Dato’ Lee Chong Wei memenangi pingat Perak dalam sukan Olimpik pada tahun 2013.

Ika sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Lee Chong Wei dan tidak pernah ketinggalan menyaksikan atlet negara itu beraksi di sukan Olimpik Rio baru-baru ini.

Ika juga kerap bermain badminton tetapi hatinya lebih terbuka untuk mendalami sukan automotif. Selepas status yang dimuatnaiknya menjadi viral, ramai yang tidak dikenali ingin menjadi rakan Facebooknya.

Lelong medal Olimpik untuk kanak-kanak kanser

WARSAW - POLAND. Pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016 acara lempar cakera dari Poland, Piotr Małachowski bertindak melelong medal yang dimenanginya demi membantu seorang kanak-kanak yang menderita kanser.

Piotr berkata, hasil lelongan itu bakal menampung kos rawatan kanak-kanak Poland, Olek Szymanski yang disahkan menghidap kanser mata.

“Ibu kepada Olek, Goshia meminta bantuan saya untuk menyelamatkan anak lelakinya yang baru nak masuk umur dua tahun. Di Poland tiada rawatan sesuai untuk menyelamatkan Olek... hanya ada di New York.

“Jadi, saya putuskan untuk membantu Olek dan menjual pingat Olimpik saya ini demi menampung rawatan Olek,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, Jumaat lalu.

Piotr menang pingat perak dengan rekod jarak 67.55 meter manakala pemenang pingat emas dan gangsa milik Jerman dengan catatan rekod 68.37 dan 67.05 meter.

Akui memenangi pingat di Olimpik merupakan impian setiap atlet namun menurut Piotr, dia mahu nilai perak itu menjadi lebih berharga dari emas dengan usaha tersebut.

“Takdir menentukan saya berpeluang untuk meningkatkan nilai perak yang saya menangi ini lebih berharga dari emas.

“Di Rio saya berjuang untuk emas. Hari ini, saya mohon kepada semua untuk sesuatu yang lebih berharga... kesihatan kanak-kanak hebat ini,” katanya.

Atlet berusia 33 tahun itu turut mengajak orang ramai menderma dan membantu Olek dengan apa saja cara yang mereka mampu.

Tempoh lelongan itu akan berlanjutan sehingga Jumaat ini.

Seorang Gadis yang Sedang Asyik Mengejar Pokemon Telah Jatuh Dalam Longkang

Seorang gadis sunti yang sedang asyik mengejar Pokemon telah jatuh terjerungkang di dalam sebuah longkang, mujurlah sempat diselamatkan oleh segerombolan ahli bomba yang berkeliaran di tempat kejadian. Namun begitu pengorbanan gadis ini berbaloi kerana dia berjaya juga dapat seekor Pikachu ...
sekian berita Kopi O untuk hari ini☺☺☺

Berkhemah di Tebing Berketinggian 1,700 Meter

HENAN - CHINA. Bagi yang inginkan cabaran, pasti aktiviti berkhemah di tebing gunung adalah aktiviti yang anda inginkan.

Buat pertama kalinya, satu aktiviti berkhemah di tebing gunung di laluan pejalan kaki yang sempit di tebing gunung Laojun di wilayah Henan, China dianjurkan.

Salah seorang penganjur aktiviti itu, Xu Lei berkata, mereka membenarkan sekitar 100 pengembara tidur di kaki gunung berkenaan dan berpeluang melihat pemandangan matahari terbit yang menakjubkan.

"Kami mula mendaki pada petang Jumaat dan mula memasang khemah di sepanjang laluan pejalan kaki berkayu pada ketinggian 1,700 meter," kata Xu.

Kawasan perkhemahan tersebut terletak di laluan pejalan kaki di belakang gunung berkenaan dengan angin yang perlahan dan tidak dibuka kepada pelancong biasa.

"Ia adalah tempat yang agak selesa untuk peserta," ujarnya

Tambah Xu lagi, peserta berpeluang menikmati  pemandangan lautan awam yang boleh dilihat pada jam 10 malam pada Jumaat dan berterusan sehingga jam 5.00 petang pada hari berikutnya.

"Ia memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan kelihatan seolah-olah berada di tengah-tengah lautan.

"Jangan bimbang, pagar turut di pasang bagi mengelakkan peserta terjatuh ketika tidur pada waktu malam," katanya.

Pihak pengajur turut meletakkan tandas mudah alih dan lampu suluh untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

'Ia adalah sangat mendebarkan untuk melakukan yoga pada ketinggian 2000 meter, " kata pemandu pelancong berusia 28 tahun, Qu Wei.

Katanya, lokasi tersebut turut dilengkapi rangkaian Wifi dan membolehkan pelancong berkongsi pengalaman mereka di rangkaian media sosial.

120kg Emas Untuk Sulaman Ayat Al-quran Kelambu Kaabah..Allahuakbar

WAKTU sejurus selepas Subuh setiap 9 Zulhijah merupakan saat-saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam terutama di kota penuh sejarah ini untuk menyaksikan upacara menukar Kiswah atau kelambu Kaabah baharu.

Menurut catatan sejarah upacara pemasangan Kiswah telah berlaku sejak sebelum kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW lagi.

Namun ramai yang tidak mengetahui bagaimana Kiswah dihasilkan.

Petugas media Lembaga Tabung Haji (TH) yang berkesempatan melawat Kilang Kiswah Kaabah yang dibina pada 1977 oleh Bapa Pembangunan Arab Saudi, Al Malek Abdul Aziz bin Abdul Rahman, dimaklumkan pekerja memerlukan masa hingga enam bulan untuk menyiapkan sebuah Kiswah.

Jelas sekali, keindahan dan kehalusan seni sulaman Kiswah dengan ayat-ayat suci al-Quran tiada tandingan.

Ia dihasilkan dengan menggunakan benang emas dan perak menerusi sentuhan kira-kira hampir 100 penyulam pakar.

Pengurus Besar kilang berkenaan, Muhammad Abdullah Bajawda dalam taklimatnya memaklumkan bagi menghasilkan sulaman berkenaan, pihaknya menggunakan emas seberat 120 kilogram dan 120 kilogram perak yang disadur pada benang khas yang kesemuanya diimport dari Jerman.

"Seberat 670 kilogram benang sutera yang diimport dari Itali pula digunakan

dalam menghasilkan pemidang Kiswah ini," katanya menerusi penterjemah.

Muhammad berkata tinggi Kiswah yang dihasilkan adalah lebih kurang 14 meter, ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian dua rukun (sudut) ialah 10.78 meter, ukuran lebar daripada bahagian Multazam ialah 12.50 meter.

"Manakala ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian Hajar Aswad ialah 10.50 meter manakala ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian Bab Ibrahim ialah 13 meter," katanya.

Penghasilan setiap Kiswah membabitkan kos kira-kira RM24 juta.

Beliau berkata proses penghasilan Kiswah bermula ketika mencelup warna dan dimasukkan ke dalam makmal bagi proses penegangan benang, daya tahan dan pergeseran benang-benang sutera bagi memastikan ia mengikut spesifikasi.

"Kemudian mesin berteknologi tinggi digunakan untuk menghasilkan pemidang kain Kiswah.

"Setelah siap, kain berkenaan akan dicop ayat-ayat al-Quran dengan menggunakan 'silk screen' dengan dakwat warna putih dan kuning  termasuk lambang-lambang dan syiar yang berlainan ukuran," katanya.

Proses berikutnya paling penting, iaitu menyulam benang emas dan perak pada huruf-huruf yang sudah dibentuk.

Seterusnya petugas akan menjahit kepingan-kepingan kain untuk dijadikan Kiswah lengkap.

Kiswah yang telah siap dengan sempurna akan diserahkan kepada pihak pengurusan Masjidil Haram kira-kira sembilan hari sebelum dipasang menggantikan yang lama pada binaan Kaabah.

- Bernama
- Kopi O

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik bakal dibunuh

PEMENANG pingat perak acara maraton Olimpik Rio, Feyisa Lilesa dari Ethiopia memberitahu dia mungkin akan dibunuh oleh pihak kerajaaannya sekira pulang ke tanah air.

Memetik laporan The New York Times, Lilesa memberitahu ancaman itu berpunca daripada tindakannya, membuat tanda pangkah (X), selepas selesai acara maraton.

Tanda pangkah itu merujuk kepada protes terhadap kerajaan Ehtiopia yang kini berhadapan dengan krisis politik dalaman.

Katanya, oleh kerana tanda protesnya itu, ada saudaranya yang telah dipenjarakan.

"Kalau kamu bercakap tentang demokrasi, mereka (kerajaan) akan mengenakan hukuman bunuh dan sekiranya aku kembali ke Ethiopia, mungkin mereka akan membunuh, atau memenjarakanku," katanya.

Dalam pada itu, katanya keadaan di negaranya kini dalam keadaan yang sangat bahaya.

"Protes ini adalah untuk mereka yang tidak mendapat kebebasan di negaraku," katanya.

Sebelum ini, Persatuan Hak Asasi Manusia menyatakan pemerintahan di Ethiopia telah membunuh puluhan orang dalam beberapa minggu ini dek kerana tindakan anti pemerintahan yang berlaku di sana.

Aksi membentuk tangan berbentuk X merupakan tindakan nekad Lilesa. Bahkan Washington Post melaporkan,tindakan paling berani dalam Olimpik 2016.

Lilesa atlet berusia, 26, berhasil mencapai kemenangan apabila mencatatkan masa 2 jam,9 minit,54 saat.

Selepas mencapai garisan penamat Lilesa lantas melakukan 'pose' tanda pangkah, namun tidak ada sepatah kata pun yang diungkapkannya selepas memenangi pingat perak.

Gelombang protes terhadap pemerintah berlangsung dalam beberapa bulan terakhir ini. Tindakan anti pemerintahan dilakukan kerana tidak bersetuju mengenai cadangan memindahkan ibu negara dari Addis Ababa ke Oromo, yang mengancam pengusiran orang-orang di daerah berkenaan.

"Pemerintah Ethiopia telah membunuh orang-orang Oromo dan mengambil tanah mereka, serta mencuri  sumber  alamnya. Jadi itu yang membuat orang Oromo melakukan protes," kata Lilesa dalam satu kenyataannya selepas pertandingan.

Menurut Washington Post, televisyen nasional Ethiopia tidak menyiarkan kemenangan Lilesa di garisan penamat.

Meninggal dunia ketika tonton perlawanan Chong Wei

IPOH - Seorang warga emas meninggal dunia semasa menonton perlawanan separuh akhir badminton perseorangan lelaki di Rio antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie ketika mengesahkan perkara itu berkata, mangsa dikenali sebagai Lum Wah Wong, 64, dari Papan di sini.

"Paramedik dari Hospital Batu Gajah mengesahkan mangsa meninggal semasa menonton badminton di rumahnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan Lum yang menonton di rumah kakaknya bersorak ketika Chong Wei dan Lin Dan masing-masing terikat 20-20 pada set penentuan sebelum dia tiba-tiba jatuh dan meninggal kira-kira 8.55 malam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar mengesahkan kematian tersebut dan berkata mangsa mempunyai masalah jantung.

"Berdasarkan laporan doktor, mangsa mati disebabkan jantung. Memang mangsa ada menerima rawatan jantung," katanya.

- Kopi O