KAJIAN Lelaki Kahwin Lebih Dari Satu Hidup Lebih Lama

Baru-baru ini seorang pakar motivasi membuat kenyataan, bahawa lelaki yang memiliki isteri lebih dari satu (poligami) umurnya lebih panjang dan lebih sihat.

Kajian tersebut dilakukan oleh Virpi Lummaa, seorang psksr motivasi Inggeris dari Universitas Sheffield yang mengemukakan kenyataan itu dalam acara tahunan International Society for Behavioral Ecology di Ithaca, New York, Amerika Serikat.

Lelaki berpoligami hidup lebih lama 12% dari lelaki yang berkahwin satu

Kajian itu mendedahkan lelaki yang miliki isteri lebih dari satu dapat memanjangkan usia, kajian itu dilakukan kepada lelaki berusia 60 tahun yang berasal dari negara yang memiliki 140 orang yang beristeri lebih dari satu.

Rata-rata usia lelaki yang berpoligami, umurnya lebih lama 12% dari lelaki yang berkahwin satu.

Hidup lebih lama kerana pemakanan & seks lebih terjaga

Kajian itu juga menyebut, lelaki yang memiliki isteri lebih dari satu, pemakanan dan pengurusan diri lebih baik dan terjaga.

Mereka akan lebih bahagia karena memiliki anak dan kehidupan seks yang mencukupi. Ia sekaligus mempengaruhi fungsi hormon dan metabolisme tubuh jadi lebih baik.

Bagaimana pun kajian tersebut hanya akan berkesan pada lelaki yang berpoligami secara adil sahaja.

Jus ini Untuk Batuk yg Berterusan

Ni dia saya nak share petua ni dari pakar pakar ubat China dan Taiwan. Jus ni utk menggurangkan batuk yg berlarutan ( persistence cough ) terutamanya musim batuk sekarang. Sesuai utk kanak kanak dan dewasa. 

Cara memasak :
Potong bhg atas dan bawah. Seperti gambar di bawah. Add secubit garam di bhg atas dan sapu rata. Klu boleh cucuk dgn garfu atau chopsticks sebelum add garam supaya garam dapat meresap dgn cepat ke dlm oren tersebut. Kukus selama 2 jam. ( masa nak kurangkan pun boleh tapi jus oren x byk )  Minum jus tersebut. Rasa ia sedikit masin dan pahit yaa..  Buat dan minum sampai batuk berhenti.

Kedah 'juara' kencing manis dan darah tinggi

Pengarah Kesihatan Kedah itu berkata satu daripada empat rakyat Kedah berumur 18 tahun ke atas, menghidap kencing manis - kadar tertinggi di Malaysia.

Kajian Kementerian Kesihatan pada 2015 menunjukkan Kedah 'juara' dua penyakit tidak berjangkit utama iaitu kencing manis dan darah tinggi di negara ini.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kajian itu mendapati 25.4 peratus, atau satu daripada empat rakyat Kedah berumur 18 tahun ke atas, menghidap kencing manis dan ini merupakan kadar tertinggi di Malaysia.

Pada masa sama, hampir 40 peratus rakyat negeri ini, atau dua daripada lima orang, mengalami masalah darah tinggi dan kadar itu juga yang tertinggi di Malaysia, katanya.

"Faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini adalah tabiat pemakanan yang tidak betul," kata Dr Norhizan kepada pemberita selepas menghadiri program penutup Klinik Penyayang Percuma di Padang Terap hari ini.

Beliau berkata antara tabiat pemakanan yang tidak sihat ialah pengambilan makanan dengan kandungan gula yang tinggi, berminyak dan berkolesterol seperti nasi lemak, roti canai dan teh tarik.

Dr Norhizan juga berpandangan budaya yang dipegang selama ini iaitu mesti menjamah hidangan ketika menghadiri kenduri turut menyumbang kepada masalah itu.

Keadaan diburukkan dengan mentaliti 'lebih baik tidak tahu daripada tahu' yang dipegang oleh sesetengah orang bagi mewajarkan keengganan mereka membuat pemeriksaan kesihatan, katanya.

"Mereka tidak mahu risau sekiranya disahkan ada penyakit. Mentaliti ini perlu diubah," kata beliau.

Dr Norhizan turut mencadangkan peniaga makanan agar menyediakan pilihan hidangan nasi dalam kuantiti yang sedikit dengan harga berbeza.

"Biasanya apabila kita minta nasi, peniaga akan beri nasi yang banyak sehingga penuh satu pinggan, bila kita minta separuh pula harga tetap sama.

"Dengan tabiat kita yang tidak suka membazir, maka rata-rata akan lebih memilih mengambil nasi yang banyak kerana harga tetap sama," katanya.