Negara dikejutkan dengan berita pembebasan seorang bekas perogol bersiri rakyat Malaysia, S.Selva Kumar selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas kesalahan rogol dan melakukan serangan seksual terhadap hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak.
Namun ramai masih tertanya siapakah lelaki misteri itu yang disabit dengan jenayah yang ganas itu.
Berikut merupakan beberapa fakta yang dilaporkan media tempatan dan asing tentang lelaki ini yang menjadi bualan rakyat Malaysia beberapa hari ini.
1. Berasal dari Perak & akan menetap di Pulau Pinang
Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan lelaki yang berasal dari Perak itu dijangka menetap di Pulau Pinang kerana mempunyai anggota keluarga yang tinggal di negeri itu.
2. Berasal dari keluarga berpendidikan tinggi
Selva Kumar didakwa datang daripada keluarga yang berpendidikan tinggi dan mendiang bapanya adalah seorang pegawai kanan kerajaan.
3. Mempunyai dua abang & seorang adik perempuan
Dia merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik, yang mempunyai dua abang dan seorang adik perempuan.
4. Ke Kanada sebagai pelajar, menyamar sebagai ejen pemodelan, pengeluar filem & penari profesional
Selva Kumar pergi ke Kanada sebagai pelajar pada tahun 1980. Mengulas tentang modus operandi jenayahnya, Selva Kumar menggunakan menyamar sebagai ejen pemodelan, pengeluar filem dan penari profesional untuk mengumpan wanita.
5. Didapati bersalah melakukan 19 serangan seksual
Selva Kumar didapati bersalah pada tahun 1992 di Mahkamah Ontario pada 19 tuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan kerana memberi dadah pada mangsanya, 10 tuduhan pelbagai jenis serangan dan 12 pertuduhan lain yang termasuk peras ugut.
6. Didakwa melakukan serangan seksual terhadap 1,000 wanita
Polis Toronto mendakwa bahawa Selva melakukan serangan seksual kepada kira-kira 1,000 wanita di seluruh Kanada pada akhir 1980-an sebelum dipenjarakan selama 24 tahun.
7. Selva Kumar didakwa tidak menyesal & akan mengulangi jenaya rogol & cabul
Memetik laporan media asing, pihak berkuasa di penjara mendakwa Selva Kumar tidak menyesal dan mungkin akan mengulangi perbuatan jenayahnya iaitu rogol dan cabul. Bagaimanapun, keluarga dan rakan rapat Selva memaklumkan perogol bersiri itu telah bertaubat dan telah berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya.
8. Salah seorang mangsa rogol Selva tidak akan memaafkannya
yang dikenali Susan Chapella yang dirogol pada tahun 1991 ketika usia 26 tahun tidak akan memaafkan pesalah terbabit.
9. Manga rogol paling muda berusia 13 tahun
Selva Kumar pernah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.