5 Perkara Penting Perlu Dilakukan Bila Kepala Anak Benjol & Terhantuk

“Risaunya tengok kepala anak benjol. Apa nak buat ni? Perlu sapu ubatkah?”

Memang terhenti sekejap jantung kita apabila terdengar bunyi hantukan dan tangisan anak yang tadinya seronok bermain. Kemudian, nampak pula kesan kebiruan yang makin merisaukan.

Sebagai ibu bapa, perkara seperti ini memang biasa berlaku terutamanya ketika anak sedang lasak. Maka, kita perlu mengetahui tanda bahaya dan apa yang sepatutnya dilakukan jika berada dalam keadaan sebegini.

Benjol adalah situasi di mana pengumpulan darah beku berlaku pada bawah lapisan kulit akibat saluran darah kapilari yang pecah. Untuk memeriksa sama ada kepala anak benjol itu bahaya atau tidak, ketahui 5 perkara asas ini.

1. Periksa Keadaannya

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memeriksa secara menyeluruh dan mencari kesan kecederaan akibat terhantuk tadi. Antara kesan bahaya yang perlu dibawa berjumpa doktor serta-merta adalah:

Tak sedarkan diri (pengsan sekejap atau lama)

Muntah yang teruk

Benjolan yang besar atau luka yang dalam

Pendarahan atau keluarnya cecair dari hidung, telinga, atau mulut

Sawan

Keliru, bingung, lemah, tidak aktif, dan tidak memberi respon terhadap sekeliling

Seperkara lagi, jika posisi benjolan terletak di bahagian hadapan kepala seperti dahi, anda tidak perlu terlalu khuatir. Sebaliknya, jika kepala anak benjol di bahagian belakang, lebih baik mengambil langkah selamat untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

2. Gunakan Tuaman Ais

Salah satu cara meredakan kesakitan kepala anak benjol ini adalah dengan menuam pek ais. Lakukannya selama 15-20 minit. Selain kaedah tuaman, anda boleh membalutkan ‘bandage’ untuk memberi kesan tekanan kepada benjolan tersebut.

3. Pantau Dalam Masa 24 Jam

Anak mungkin akan berasa mengantuk dan tidur sebentar, ini adalah normal. Apabila anak kembali tenang, perhatikan kelakuannya dan lihat sama ada terdapat simptom lain yang mencurigakan. Ini kerana, kecederaan otak menunjukkan kesan serta-merta atau berlaku secara perlahan-lahan.

Jika bayi kelihatan elok dan mula berkelakuan seperti biasa, berkemungkinan besar bayi tidak mengalami kecederaan serius. Walaubagaimanapun, pemerhatian harus dilakukan dalam tempoh 24 jam.

4. Tanda Perubahan Yang Tidak Normal

Dalam tempoh 24 jam, perhatikan tanda-tanda bahaya berikut:

Tidak berhenti menangis, tak boleh dipujuk, nampak kesakitan

Pernafasan semakin laju

Waktu tidur terganggu

Pergerakan kaki atau tangan yang tidak normal

Asyik terjatuh, tak dapat mengimbangkan badan

Muntah berterusan

Mata menjadi juling, saiz biji mata yang tidak normal

Penglihatan semakin kabur

Jika terjadinya sebarang tanda yang mirip seperti di atas, rujuklah ke hospital dengan kadar yang segera.

5. Minimakan Aktiviti Lasak Buat Sementara

Menurutnya, Datuk Dr Zulkifli Ismail, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh. Tapi, bayi yang kurang daripada 18 bulan adalah sangat berisiko kerana ubun-ubunnya masih lembut.

Jika tiada simptom di atas, anda boleh membiarkan anak anda berehat atau tidur. Namun, Dr Greene menasihatkan agar anda mengejutkan anak setiap 30 minit dalam masa 6 jam pertama setelah berlakunya hantukan tadi. Ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya simptom yang merisaukan. Apabila anak telah terjaga dan berkelakuan normal, bolehlah anda kembali beraktiviti secara sederhana.

Hubungi Doktor Jika Mengesyaki Masalah. Jangan teragak-agak membawa anak berjumpa doktor jika terdapat sebarang tanda yang meragukan. Di samping itu, jangan lupa maklumkan kepada pengasuh atau taska anak tentang kecederaan yang dialami agar pihak mereka lebih peka terhadap keadaan anak anda.

Pay wave Debit card- cara yang boleh gunakan untuk menyekat orang lain daripada menggunakan Kad Debit untuk membuat pembelian

Artikel ini adalah mengenai Debit Kad ATM yang baru dikemaskinikan, yang mana ianya mempunyai ciri Pay Wave.

Kad Maybank lama saya adalah jenis Bankcard dan bukannya Kad Debit tetapi apabila saya menukarnya kepada yang baru, kini saya telah diberikan Kad Debit. Saya memaklumkan kepada Pegawai Bank yang saya tidak mahu Kad Debit kerana saya sudah mempunyai Kad Kredit, tetapi saya diberitahu bahawa semua Kad ATM yang baru adalah jenis Kad Debit.

Lalu saya bertanya jika terdapat apa-apa cara yang saya boleh gunakan untuk menyekat orang lain daripada menggunakan Kad Debit saya untuk membuat pembelian.

(Saya rasa anda semua tahu bahawa dengan ciri PAY WAVE, sesiapa sahaja boleh menggunakan kad anda untuk membuat pembelian di bawah RM250 dengan hanya ‘TAP’ (seperti kad Touch N GO) pada mesin di Terminal Juruwang dengan tidak perlu memasukkan PIN kan? Hanya pembelian yang melebihi RM250 memerlukan PIN . ciri2 ini juga terdapat pada Kad Kredit.)

Pegawai bank itu kemudian memberitahu saya bagaimana untuk menyekat pembelian dengan melakukan langkah-langkah berikut:

(Ini adalah untuk Maybank. Bank-bank lain mungkin mempunyai cara/arahan yang sama.)

Selepas anda memasukkan Kad Debit ke dalam ATM, masukkan PIN anda seperti biasa.

Pilih “Other Transactions”
Klik/tap pada “Change Limit”
Pilih “Purchase Limit”
Pilih “No Purchase.”
Masukkan nombor kad pengenalan anda. Anda akan diminta untuk mengesahkan bahawa anda telah memilih “No Purchase”

Sahkan pilihan itu dan semuanya selesai.

Dengan demikian, jika kad ATM anda jatuh ke tangan orang lain kerana anda tercicir dompet atau diragut/disamun, orang tersebut tidak boleh membeli barang-barang (bawah RM250) menggunakan Kad anda.

Diharap Maklumat ini berguna pada kamu semua~
______________________________________

objek seperti sekumpulan manusia yang sedang berjalan diatas awan

objek seperti sekumpulan manusia yang sedang berjalan diatas awan

Sekumpulan penumpang sebuah kapal terbang telah mendakwa melihat objek seperti sekumpulan manusia yang sedang berjalan diatas awan. Mereka yang terkejut dengan kejadian itu sempat mengambil beberapa keping gambar.

Menurut laman web Era baru yang memetik dari laman web ultrasonografi, Rangkaian UFO Interaktif ataupun The UFO Interactive Network (MUFON) telah didokumentasikan di bawah Kes 82114. Saksi juga berkata kejadian itu berlaku sewaktu perjalanan penerbangan dari Warsaw ke London Heathrow pada 15 Februari. Semasa di Łodź Voivodeship, beliau melihat beberapa objek menyerupai manusia di atas awan berhampiran dengan kapal terbang itu.

Kesemua saksi sudah pasti terkejut dan sempat merakamkan beberapa keping gambar. Manakala keesokan harinya, hal itu dilaporkan kepada MUFON. Saksi juga ada berkata imej objek tersebut seperti sebuah keluarga, di mana terdapat orang dewasa dan kanak-kanak.

Saksi yang terkejut dengan penemuan objek menyerupai manusia di atas awan. (screenshots video Youtube)

Laporan saksi berbunyi, “Dari Warsaw ke lapangan terbang London Heathrow, saya melihat keluar tingkap melalui pintu angin sebelah kiri pesawat, dan saya perasan terdapat lelaki kurus berwarna gelap di atas awan. Ia pastinya bukanlah sebuah seni bina kerana lokasi yang sangat tinggi, saya fikir ia adalah puting beliung kecil.”

“Terdapat 4 objek menyerupai manusia : dua daripada mereka tinggi manakala dua lagi masih kecil. Jarak mereka juga sangat rapat di antara satu sama lain dan tidak bergerak langsung. Mereka berwarna gelap, mempunyai bahagian atas badan yang besar manakala bahagian bawah mereka lebih kecil. Satu daripada mereka kelihatan seperti mempunyai sayap panjang,” tambah saksi.

Mereka yang menyaksikan kejadian tersebut tentunya berasa takut dan terkejut kerana tidak menyangka bahawa mereka akan menemukan objek aneh yang sedang berdiri di atas awan.

“Pesawat tersebut kemudian berlalu pergi meninggalkan objek tersebut sehingga ia hilang daripada pandangan”, kata saksi.
Pada bulan Januari  2016, terdapat saksi yang mendakwa melihat objek yang sama. (screenshots video Youtube)

Saksi kejadian pada tahun 2016 itu merupakan seorang pengurus perisian berasal dari Ireland, yang sedang dalam penerbangannya dari Ireland ke Austria. Pada altitud 30,000 kaki (9,150 meter), beliau merakamkan gambar yang menyerupai bentuk objek tersebut.

Bukan pengurus itu sahaja yang melihatnya, malahan terdapat lagi dua orang penumpang yang menyaksikan perkara yang sama. Anda rasa apakah sebenarnya objek-objek tersebut?