Petua Masuk Hutan Dan Berkhah

Petua orang2 lama apabila masuk hutan dan berkhemah di dalam hutan..Boleh Amalkan apa yang tidak bercanggah dengan agama msing2..Buang dan jangan amal apa salah disisi agama dan diri sendiri                        


-

Chong Wei: Malaysia, saya minta maaf

Impian Datuk Lee Chong Wei mengakhiri kariernya di Sukan Olimpik dengan pingat emas berakhir apabila tunduk kepada juara dunia, Chen Long di Pavilion 4, Riocentro, di Rio de Janeiro, Brazil hari ini.

Chong Wei tewas 18-21, 18-21 kepada pemain nombor dua dunia dari China itu dalam pertarungan sengit selama 76 minit, sekali gus meranap impian Malaysia mendapatkan pingat emas pertama dalam sejarah Olimpik.

Sebelum ini, Chong Wei, 33, menundukkan Lin Dan, juga dari China, yang mengecewakannya dalam dua aksi final Sukan Olimpik terdahulu, di separuh akhir di sini, tetapi jelas seorang lagi bintang republik berkenaan menjadi penghalang dalam penampilan ketiganya di perlawanan penentuan Sukan Olimpik.

"Saya minta maaf kerana gagal menyumbang pingat emas yang sememangnya dinanti-nantikan Malaysia.

"Memang saya kecewa dengan kekalahan ini...saya sudah memberikan yang terbaik tetapi Chen Long bermain lebih baik.

"Saya sudah lakukan yang terbaik...dan nyata ini bukan sesuatu yang saya mahukan untuk mengakhiri penampilan di Olimpik," kata Chong Wei yang menegaskan beliau tidak gemuruh, cuma kesal tidak bertemu Lin Dan di final ketika masing-masing membuat penampilan terakhir di Olimpik.

Chong Wei mengakhiri karier Olimpiknya dengan tiga pingat perak berturut-turut, manakala ia adalah emas sulung untuk Chen Long, selepas Lin Dan menang di edisi 2008 di Beijing dan 2012 di London.

Detik yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia untuk ikon sukan negara pulang dengan emas mula tergugat apabila Chong Wei tewas di set pertama dengan 18-21 dalam masa 38 minit.

Dalam pertarungan yang sengit itu, set kedua turut tamat dengan keputusan sama ketika Chong Wei gagal merobek keutuhan Tembok Besar China untuk kali ketiga di pentas akhir.

Chong Wei dan Chen Long telah bertemu 26 kali dalam masa tujuh tahun dengan pemain negara menang 13 kali, lebih dua daripada juara dunia itu.

Chen Long turut mengecewakan Chong Wei dalam dua final Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark 2014 serta di Jakarta, Indonesia tahun lepas. Pingat perak Chong Wei di Copenhagen ditarik balik selepas beliau gagal dalam ujian doping yang menyaksikannya digantung lapan bulan.

Sebelum aksi final di sini, Chong Wei dan Chen Long telah bertemu empat kali dalam tempoh setahun.

Chong Wei muncul pemenang dalam keempat-empat pertemuan itu - Terbuka China 2015, Terbuka Hong Kong 2015, Terbuka Malaysia 2016 dan Kejohanan Asia 2016.

Aksi dramatik

Dalam perlawanan hari ini, Chen Long bermula agresif dengan mendahului 4-0 di set pertama sebelum Chong Wei mengikat kedudukan 4-4, ketika kedua-dua pemain bermula agak berhati-hati.

Pertarungan mata cukup dramatik sehingga kedudukan 14-14 sebelum Chen Long banyak mengutip mata akibat kesilapan Chong Wei khususnya dalam permainan di jaring untuk memberikan kemenangan kepada pemain China itu.

Dalam set kedua pula, Chen Long banyak menggunakan pukulan yang mengelirukan manakala Chong Wei cuba bangkit menyamakan kedudukan 8-8 tetapi jelas pemain China itu cukup liat untuk digugat.

Chen Long memastikan kemenangan dengan 21-18 dalam masa 38 minit untuk meraih pingat emas pertama untuk dirinya, sekali gus menebus kekalahan bekas juara, Lin Dan yang tewas dalam pertarungan pingat gangsa kepada juara remaja dunia 2010, Viktor Axelsen dari Denmark 15-21, 21-10, 21-17.

-Koi O

Pingat Perak untuk Malaysia, Bergu Badminton Lelaki Akhir Olimpik Rio 2016

Pingat Perak untuk Malaysia, Bergu Badminton Lelaki Akhir Olimpik Rio 2016
Perlawanan set pertama bermula dengan pukulan servis pertama dari China. Kedua-dua pasukan mula menunjukkan corak permainan pantas.

Pasangan beregu negara tundukkan China dengan mata 21-16 dalam set pertama.

Khairi KJ Bergu Lelaki Olimpik Rio 2016

Dalam set kedua, pasangan China iaitu Fu Hai Feng-Zhang Nan dilihat semakin agresif mengatur taktik dan pukulan balas. Mereka kembali merampas set kedua dengan kemenangan 21-11.

Final Badminton Olimpik Rio 2016

Aksi yang cukup mendebarkan pada set ketiga dengan aksi kejar mengejar dan keadaan serta tekanan yang tinggi bagi kedua-dua pasukan untuk mendapatkan pingat emas.

Keputusan akhir Malaysia tewas 21-16, 11-21, 21-23

Pingat Perak Final Badminton Bergu Malaysia Olimpik Rio

Pingat Perak untuk beregu Badminton Malaysia, Olimpik Rio 2016. Terima kasih dan Tahniah V Shem dan Wee Kiong!

"Khabar Angin Kata Jenazah Tidak Cukup Sifat Adalah Tidak Betul, Henti Sebar Spekulasi:- Sepupu

Sejak penemuan mayat kanak-kanak yang dilaporkan diculik di Jinjang semalam, dilihat ada sesetengah pihak telah menyebarkan beritakan kononnya mayat milik Allhayarham Adik ditemui tidak sempurna.

Khabar angin berkenaan dilihat tersebar luas di mana ada sesetangah netizen telah 'share' berita berkenaan, namun hari ini keluarga arwah adik Edrus iaitu puan Seha Mawi telah tampil memohon orang ramai menghentikan spekulasi berkenaan.

Assalammualaikum...

Hari ni terungkailah segala teka teki mengenai adik Edrus sepupu kami anak kepada pakcik saya yang saya panggil Pak Teh. Ramai buat macam-maca spekulasi, tetapi hakikatnya cerita sebenar biar kami sekeluarga sahaja yang tahu dan biarkan polis buat kerja mereka supaya pelaku diberikan hukuman setimpal dengan apa yang dia telah buat kepada sepupu kami.. AllahuAkbar..

Spekulasi mengatakan jenazah tak cukup sifat juga tidak betul, cuma mangsa sudah 7 hari meninggal dan dibiarkan didalam hutan dan jasadnya mereput.

Mohon berita, arwah tak cukup sifat dihentikan. Kami semua sudah redha dan bersyukur jasad adik edrus ditemui dan juga sudah selamat dikebumikan jam 1 pagi tadi.

Terima kasih, kepada semua yang berikan kerjasama semasa siasatan dijalankan, terima kasih yang perihatin terhadap arwah adik Edrus, yang berada di rumah mangsa, yang berada di surau malam tadi dan juga di tanah perkuburan. Kami sekeluarga sangat berterima kasih kepada semua termasuk yang mendoakan agar adik edrus dapat dijumpai.

Saya hilang kata-kata, saya mohon maaf sangat-sangat, siapa yang mesej untuk nak tahu cerita sebenar tak dapat saya nak reply dan menceritakan perkara tersebut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak, biarlah pihak berkuasa menjalankan kerja mereka.

Kepada rakan-rakan yang mengenali kami seluruh keluarga atau tidak mengenali yang mendoakan dan mengucapkan takziah juga kami mohon maaf tak dapat nak reply kesemuanya, hanya mampu ucapkan terima kasih pada semua yg selama kehilangannya memberikan kata-kata semangat.

انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

"Innalillahiwainna ilaihirojiuun
Allahumarfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu"

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Terima kasih semua... Sedekahkan Al-fatihah untuk arwah adik edrus, ahli syurga..

PROTON PRDANA UNTUK PEMENANG EMAS RIO

DRB-HICOM Bhd dan Proton Holdings Bhd akan menganugerahkan atlet Malaysia yang memenangi pingat di Olimpik Rio dengan kereta Proton sebagai menghargai usaha, dedikasi dan komitmen mereka.

Sambil mengucapkan taniah kepada pemenang terbabit, syarikat itu berkata, pemenang pingat emas akan menerima sebuah Perdana 2.0L, pemenang pingat perak akan mendapat sebuah Suprima S 1.6L Turbo Premium manakala pemenang pingat gangsa pula sebuah Iriz 1.6L Premium.

"Oleh kerana DRB-HICOM dan Proton sentiasa membawa bendera Malaysia dalam semua perkara yang kami lakukan, sumbangan ini seiring dengan kebanggaan kita terhadap Jalur Gemilang.

"Kami berharap ini akan menggalakkan lagi atlet kita untuk berusaha lebih gigih bagi membuatkan rakyat Malaysia berbangga, terutama di peringkat tertinggi seperti Olimpik," kata Pengarah Urusan DRB-HICOM dan Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat ini, Malaysia telah memenangi dua pingat perak dan satu pingat gangsa.

Penerjun Pandelela Rinong dan Chiong Jun Hoong memenangi pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama, pelumba basikal Azizulhasni Awang mendapat pingat gangsa dalam acara keirin, manakala bergu campuran badminton Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying memperoleh pingat perak.

Malaysia diwakili 32 atlet yang bersaing dalam 10 acara dalam temasya sukan terbesar dunia di mana lebih 200 negara mengambil bahagian.

- Bernama

Salam Jumaat Pada Semua

Apa Khabar Semua