Info Buat Wanita² Di Luar Sana. Inilah 7 Sebab Mengapa Wanita Perlu "Onani" Dua Kali Dalam Sebulan Yang Perlu Anda Tahu

Aktiviti melancap sering mendapat pandangan yang negatif dari segelintir masyarakat. Padahal sebenarnya melancap mampu memberi manfaat dari segi kesihatan kepada wanita mahupun lelaki. Teruskan bacaan bagi mengetahui 7 kelebihan melancap.

1. Memperbaiki Mood
Aktiviti melancap melepaskan zat kimia yang dapat menghasilkan perasaan yang menyenangkan. Zat ini mampu mengembalikan semangat dan mendorong kepuasan serta mengaktifkan perasaan senang di otak.

2. Hubungan Seks Menjadi Lebih Lama
Melancap mampu membuatkan hubungan seks bertahan lebih lama sebelum mencapai kepuasan. Buat latihan dengan mencatat masa berapa lama waktu yang diambil untuk mencapai kepuasan ketika melancap. Jika kebiasaan 2 minit, cuba buat kepada 3 minit.

3. Kekebalan Tubuh Meningkat
Ejakulasi mampu meningkatkan hormon cortisol. Hormon ini membantu mengatur dan menjaga kekebalan tubuh dalam skala yang kecil.

4. Mencegar Kanser
Dari pemerhatian yang dijalankan di Australia menemukan bahawa lelaki dan wanita yang ejakulasi lebih dari 5 kali seminggu memiliki risiko kanser prostat dan kanser ovari yang kecil.

5. Keperluan Hidup
Wanita akan rasa semua keperluan hidupnya berjaya di penuhi. Amat mudah bukan? Namun itulah kenyataanya, wanita sebenarnya lebih mementingkan diberi perhatian oleh suami lebih dari segala apa yang dimahukan. Suami adalah harta yang paling berharga buatnya.

6. Membangkitkan Perasaan Teruja
wanita akan rasa perasaan teruja di mana perasaan ini hanya akan datang melalui kepuasan seks dan mencapai orgasm. Membuatkan wanita teruja adalah amat penting bagi menaikan semangatnya demi mengadapi kehidupan sehari-harian.

7. Mengurangkan Emosi Negatif
Wanita akan waras dan kurang beremosi negatif kerana semua beban yang ditanggung sudah terlepas apabila mengalami orgasm.

P/s: Walaupun melancap mempunyai kebaikan, jangan dilakukan dengan terlalu kerap kerana ianya akan mendatangkan kemudaratan juga nanti.

Dikenakan Denda Atau Kompaun Atas Kesalahan Jalan Raya? Peguam Ini Kongsikan Tip Untuk Membuat Rayuan Di Mahkamah

etika menerima sepucuk surat yang menyatakan anda telah dikenakan denda atau kompaun atas kesalahan di jalan raya, ianya sudah semestinya membuatkan anda tidak senang hati, kerana anda perlu mencari wang lebih atau mengeluarkan simpanan untuk membayar kompaun tersebut, lagi-lagi kalau sudah tengah bulan.

Situasi sebegini kadang kala menjadi kerisauan buat pesalah, mana tidaknya, kompaun atau denda yang dikenakan bukanlah sedikit jumlahnya, ianya mungkin sama banyak dengan duit belanja dapur, atau duit untuk membayar sewa bilik.

Namun begitu, anda tidak harus khuatir, kerana dengan adanya sistem kehakiman, anda boleh sahaja membuat rayuan di mahkamah ke atas kesalahan jalan raya yang dilakukan. Terdapat beberapa tip yang boleh diikuti, dalam membuat rayuan. Jom kita tengok apa yang perlu dilakukan, perkongsian dari seorang peguam, saudara Fadil Mohd Yusof.

Panduan membuat rayuan ke atas denda @ kompaun di Mahkamah Majistret untuk kesalahan jalanraya.

Apabila ada sekatan lalu lintas dan kita melakukan kesalahan jalan raya seperti cukai jalan tamat tempoh, tidak menggunakan tali pinggang keledar dan membuat pusingan U di kawasan yang dilarang, kita akan disaman oleh Polis Trafik ataupun pegawai JPJ.

Selepas kita menandatangani saman tersebut, kita dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret untuk dijatuhkan hukuman untuk kesalahan yang dilakukan.

Antara tip yang boleh saya berikan untuk anda membuat rayuan terhadap hukuman kesalahan adalah seperti berikut:-

1) Datang awal ke Mahkamah.

Pastikan anda hadir sekitar jam 8.00-8.30 pagi. Pergi ke kaunter pertanyaan dan bertanya kepada staf Mahkamah, di mana kes akan didengar. Sesetengah tempat, ada disediakan meja untuk anda mendaftar.

2) Tunggu kes @ nama anda dipanggil oleh jurubahasa Mahkamah.

a) Selepas mendaftar nama anda, duduk dalam Mahkamah dan pastikan anda tidak memakai jaket, topi, atau baju yang tidak sesuai. Sebaik-baiknya, pakai pakaian untuk ke pejabat.
b) Matikan atau senyapkan telefon anda.
c) Jangan pakai cermin mata hitam
d) Jangan berbual-bual dan dengar apa rayuan yang dibuat oleh Orang Kena Saman di hadapan Majistret.

3) Apabila nama anda dipanggil, sila ke hadapan dan dengar pertuduhan yang dibacakan oleh juru bahasa Mahkamah.

4) Fahamkan pertuduhan tersebut dan pastikan segala maklumat yang dibacakan adalah betul.

Antara maklumat tersebut adalah seperti berikut:-

a) Jenis kesalahan
b) Nombor kenderaan
c) Warna kenderaan
d) Di mana kesalahan dilakukan
e) Hukuman terhadap kesalahan tersebut

5) Sesudah pertuduhan dibaca, Majistret akan tanya adakah anda mengaku bersalah atau mengaku tidak bersalah.

a) Sekiranya anda tidak mengaku bersalah, satu tarikh sebutan akan diberikan untuk anda melantik peguam.
b) Sekiranya anda mengaku bersalah, apa rayuan anda untuk kurangkan denda.

Gambar Hiasan

6) Antara faktor-faktor dan alasan rayuan yang boleh anda rayu adalah seperti berikut:-

a) Jelaskan mengapa anda melakukan kesalahan tersebut. Contoh: Tayar kereta anda bocor ketika anda ingin menduduki peperiksaan. Motor anda sudah tamat tempoh dan anda terpaksa menggunakan motor tersebut untuk ke pusat peperiksaan untuk masa depan anda.
b) Kesalahan tersebut adalah kesalahan pertama yang anda lakukan.
c) Anda adalah penyara tunggal keluarga
d) Anda baru sahaja memulakan kerja
e) Kedua ibu bapa anda mempunyai masalah kesihatan
f) Anda mempunyai banyak tanggungan
g) Anda mempunyai masalah kesihatan
h) Dan sebagainya.

7) Berikut adalah skrip untuk rayuan hukuman yang asas. Anda boleh ubah mengikut keadaan.

Dengan izin Tuan/Puan Majistret,
Saya, (sebutkan nama anda) adalah Orang Kena Saman dalam kes ini.
Saya mengaku salah atas kesalahan tersebut dan ingin membuat rayuan untuk pengurangan denda seperti yang berikut:-

a) Saya adalah penyara tunggal keluarga dengan gaji bulanan /harian sebanyak RM………
b) Saya mempunyai ………tanggugan iaitu isteri saya dan …….orang anak yang berusia antara ……tahun hingga ….. tahun.
c) Saya juga menanggung adik saya yang masih belajar sebanyak RM……sebulan.
d) Saya juga menanggung kos perubatan ibu/ayah saya yang menghidapi sakit ……… Kos perubatan tersebut kira-kira RM…..sebulan.

Dengan pengakuan salah saya ini, saya telah menjimatkan masa Mahkamah yang Mulia ini.
Saya juga berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Berdasarkan alasan-alasan tersebut, saya memohon agar denda saya dikurangkan oleh Mahkamah yang Mulia ini.
Sekian, terima kasih.

8) Mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang difikirkan munasabah untuk kes anda.

9) Tunggu bil @ caj pertuduhan dengan hukuman diserahkan kepada anda oleh polis Mahkamah.

10) Bayar denda tersebut di kaunter bayaran.

11) Pastikan anda simpan resit tersebut untuk rujukan pada masa hadapan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika anda rasa status ini memberi manfaat kepada orang lain, sila kongsikan dan tidak perlu meminta kebenaran saya. Terima kasih.

Mungkin anda boleh menghadiri ke mahkamah selepas ini dalam membuat rayuan terhadap kesalahan jalan raya yang dikenakan ke atas anda. Mudah-mudahan dengan mengikuti tip yang diberikan oleh peguam ini, denda anda dapat dikurangkan seminimum mungkin. Jom kita memandu dengan berhemah.

Presiden Filipina Beri Kebenaran Tampar Pegawai Kerajaan Minta Rasuah

Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang sebelum ini memberi amaran akan mambenteras dadah besar-besaran nampaknya bukan sahaj begitu tegas dalam hal berkenaan, beliau juga dilihat tegas dalam memerangi gejala rasuah yang juga semakin serius di negaranya, tulis Cari.

Beliau dalam satu satu kenyataan di Jepun menyeru kepada rakyatnya agar mereka agar jangan terlalu takut kepada polis, pegawai imigresen atau pegawai kastam.

Memetik laporan berita Yahoo, Presiden Filipina berkenaan memaklumkan sekiranya rakyat Filipina menaiki kapal terbang pulang ke tanah air, ada pegawai kastam di lapangan terbang meminta duit atau rasuah daripada mereka, kini mereka diberi kebenaran menampar pegawai terbabit.

Beliau dengan tegas menyatakan selagi dia masih memerintah, rakyat Filipina berhak mempertahankan hak mereka dan mengaskan kenyataannya itu bukanlah gurauan, ini kerana dirinya sangat membenci dengan pegawai kerajaan yang suka mengambil rasuah.

"Selain tampar pegawai itu, anda juga boleh menjerit bagi manarik perhatian media yang berada di lapangan terbang dan terus membuat laporan polis," tegasnya

Sultan Johor Titah Gunakan Wad Diraja Untuk Tempatkan Pesakit

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah berkenan mencemar duli ke Hospital Sultanah Aminah bagi melihat perkembangan semasa tragedi kebakaran di hospital berkenaan, lapor Harian Metro.

Baginda dalam lawatan berkenaan telah menitahkan supaya Wad Diraja di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dibuka sementara bagi menempatkan pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Bainda Sultan telah memberi keizinan menggunakan wad Di Raja selepas melawat lokasi kebakaran.

"Sultan Johor bertitah supaya Wad Diraja yang lama di hospital ini digunakan sementara untuk dijadikan wad ICU dan menempatkan pesakit," katanya

Terkini: Enam disahkan maut kebakaran di HSA

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan enam pesakit maut dalam kejadian kebakaran di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini setakat ini yang dipercayai disebabkan litar pintas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata mangsa ialah empat wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 50-an.

Bagaimanapun, katanya, seorang pesakit lelaki selamat dalam kejadian itu yang mengalami kecederaan melecur 80 peratus.

"Ketika kejadian terdapat tujuh pesakit sedang mendapatkan rawatan di wad berkenaan yang dibantu lapan kakitangan hospital.

"Bagaimanapun, kejadian itu menyebabkan enam pesakit termasuk empat perempuan mati akibat terperangkap dalam wad itu.

"Tiga kakitangan hospital mengalami sesak nafas kerana terhidu asap tebal," katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, semua penghuni bangunan itu diarahkan keluar dari bangunan untuk dibawa ke lokasi selamat di sekitar bangunan terbabit.

Difahamkan terdapat 294 pesakit dan 193 kakitangan hospital di bangunan induk HSA ketika kejadian.

Adakah Bahaya Mandi DiWaktu Malam

“Jangan suka mandi malam, nanti paru-paru masuk air!”

Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam.Bahkan sehinggakan anda dewasa, mitos yang sama masih kedengaran dan kadangkala anda juga akan bercakap sedemikian pada anak anda. Adakah benar mandi waktu malam punca penyakit paru-paru berair?

Sebenarnya,tidak. Mandi malam tidak mendatangkan penyakit paru-paru berair, yang dikaitkan dengan masalah Pulmonari Edema dan pneumonia. Pulmonari Edema adalah pengumpulan air berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru bengkak dan berair.

Punca berlakunya penyakit ini adalah disebabkan oleh kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung. Maka, kepercayaan sesetengah pihak bahawa ianya berpunca daripada kemasukan air ketika mandi adalah salah.

Manakala penyakit Pneumonia pula disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku.

Malah, Pneumonia juga boleh dijangkiti melalui udara yang disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Sekali lagi, ia bukan berpunca dari mandi malam.

Cecair yang terdapat dalam paru-paru pula bukanlah sama seperti air yang kita minum atau air paip yang dikatakan masuk kedalam paru-paru ketika mandi, tetapi ia adalah cecair yang dipenuhi nanah yang banyak malah adakalanya bercampur darah dan bendalir tubuh.

Tanda-tanda yang boleh dilihat biasanya pesakit akan mengadu mengalami batuk, sakit dada dan sukar bernafas apabila melakukan kerja-kerja ringan.

Pada peringkat awal, rawatan akan dilakukan dengan menggunakan imbasan x-ray pada dada. Kemudian, pemeriksaan darah dan pemeriksaan fungsi paru-paru akan dilakukan.

Mandi siang atau malam sebenarnya baik untuk kita kerana ia membersihkan tubuh kita, apatah lagi dalam cuaca hangat seperti di negara kita.Jika badan tidak dibersihkan dengan mandi terutama dalam cuaca panas, maka influenza dan penyakit yang lain lebih mudah menyerang tubuh anda.

secara kesimpulannya,anda tidak lagi perlu risau sekiranya mandi malam. Mandi siang atau malam sebenarnya baik untuk kita kerana ia membersihkan tubuh kita.

#KopiO

Gadis Berpurdah Tebar Roti Canai Tarik Perhatian

BALING - Viral dua gadis berpurdah membantu ibu bapanya berniaga roti canai di Kedai Makan Masjid Parit Panjang menjadi perhatian ramai malah turut mengundang pelanggan dari negeri lain termasuk dari pantai timur.

Kehadiran mereka bukan sahaja untuk menikmati roti canai tetapi dengan hajat mahu merisik kedua-dua gadis yang masih belajar di universiti ini.

Ibu dua beradik itu, Rohana Md Rejab, 50, berkata, dua anak gadisnya, Siti Nadwa Abdul Aziz, 24 dan Siti Nur Fatin Abdul Aziz, 22, sering kali dirisik oleh pelanggan sejak mula membantu ayah mereka di kedai pada tahun 2010 hingga kini.

"Sebelum viral hingga sekarang, ada yang datang dari Kelantan, Pulau Langkawi dan Perlis untuk merisik Siti Nadwa dan Siti Nur Fatin.

"Ada juga yang datang membawa ibu mereka ke sini untuk lamar anak kami,"katanya ketika ditemui di kedainya di sini, hari ini.

Rohana berkata, ada pelanggan memarahinya kerana  tidak melepaskan Siti Nadwa dan Siti Fatin untuk berumah tangga.

"Ada yang marah kak sebab tidak lepaskan anak, sebenarnya anak belum fikir ke arah itu, mereka masih  mahu tamatkan pelajaran.

"Namun untuk jodoh terpulang kepada mereka, sebagai ibu dan ayah kami akan pantau dan berikan terbaik,"kata ibu kepada anak ketiga dan keempat itu.

Sementara itu menurut ayah dua beradik itu, Abdul Aziz Ishak, 53, Siti Nadwa yang menuntut dalam jurusan Pendidikan Bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( Upsi) dan Siti Nur Fatin dalam bidang Ijazah Bahasa Arab di Kolej Universiti Insaniah ( Kuin) mempelajari membuat roti canai sejak belasan tahun.

Menurutnya, kedua puterinya itu sering membantunya di kedai setiap kali cuti semester .

"Mereka mungkin minat sebab selalu tengok saya tebar roti canai sejak kecil, bila belasan tahun mereka belajar untuk tebar dan masak kerana mahu membantu ayah sendiri.

"Sampai sekarang jika cuti semester mereka akan bantu saya di kedai, Siti Nur Fatin pula sering bantu setiap minggu, Kuin dengan Parit Panjang dekat sahaja,"katanya .