Jumpa Bayi di Surau

Kuala Lumpur: Bayi lelaki baru dilahirkan ditemui dalam bungkusan kain batik di surau di Setapak Jaya di sini, semalam.

Bayi tidak cukup bulan itu ditemui jemaah surau sejurus selesai solat Zuhur, 1.45 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jemaah selepas menemui bayi itu berdekatan tiang dalam surau.

"Bayi seberat 1.4 kilogram berkenaan dalam keadaan sihat, namun tidak cukup bulan dan dianggarkan baru saja dilahirkan.

"Polis membawa bayi ini ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan," katanya.
ApaKah Dosa Bayi Ini Sehingga Dipelakukan sebegini Sekali:-Kopi O

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.