Baka ‘Kuda Emas’ Milik Nabi Muhammad Dijual Dengan Harga RM8 Billion

KUALA LUMPUR – Para pengguna media sosial semalam gempar apabila beberapa pengendali laman Facebook menyebarkan gambar ‘kuda emas’ dari baka Akhal-Teke yang dikatakan sebagai tercantik di dunia.
Mereka antara lainnya mendakwa kuda yang berasal dari Turki itu merupakan baka dari kuda perang milik Nabi Muhammad saw
“Kuda ni berasal dari Turki dikatakan sebagai kuda tercantik cantik di dunia (dan) rekod harga kuda paling mahal di dunia ialah RM8 billion iaitu baka kuda perang milik Rasulullah SAW” memetik kenyataan di status tersebut.
Paling menarik mereka turut melampirkan kisah bagaimana kuda tersebut terpilih sebagai binatang tunggangan Nabi Muhammad saw ketika perang.
“Suatu ketika, 40 ekor kuda dikuarantin dan diberikan makan tanpa diberi air untuk satu tempoh tertentu untuk tujuan pemilihan baka. Suatu hari 40 ekor kuda ini dibawa ke satu kawasan oasis, di sana Rasulullah melepaskan semua 40 ekor kuda yang dahaga tersebut.
“Sebelum sempat 40 ekor kuda sampai digigi oasis tersebut, lalu Rasulullah saw memanggil kesemua kuda-kuda tersebut dengan isyarat tertentu.
“Dari 40 ekor kuda tersebut, hanya 4 ekor kuda sahaja yang berpaling dan berlari semula kepada Rasulullah SAW tanpa mempedulikan air tersebut, walaupun ia tersangat dahaga.
“Maka 4 ekor kuda inilah yang dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai kuda perang Baginda, kerana kuda ini setia yang rela berkorban demi pemiliknya iaitu Rasulullah SAW,” katanya memetik sebagai berkata.
Bagaimanapun SuaraTV tidak dapat memastikan kesahihan dan kebenaran kisah tersebut kerana tidak dinyatakan sumber dari mana kisah tersebut dipetik.
Namun hasil carian yang dilakukan mendapati kuda dari baka Akhal-Teke memang terkenal antara yang paling cantik dan mahal.
Berikut adalah catatan ringkas mengenai kuda tersebut:
Akhal-Teke adalah sejenis baka kuda yang berasal dari Turkmenistan yang terkenal kerana pantas, lasak, cerdik, serta unik dengan bulu yang ‘berkilat’ sehingga dikenali dengan jolokan “Kuda Emas”. Kuda ini sesuai dengan keadaan iklim yang melampau, malah dipercayai sebagai antara baka kuda tertua yang masih wujud. Kuda dari baka ini dikatakan semakin pupus apabila hanya terdapat sekitar 6,600 ekor di seluruh dunia, terutama sekali di Turkmenistan, Rusia, Eropah dan Amerika Utara.
Kewujudan kuda ini mungkin telah muncul sejak 3000 tahun yang lalu. Ia dikenali dengan beberapa nama, tetapi paling nama yang sering digunakan ialah kuda Nisean.
Puak asal Turkmenistan dikatakan menggunakan kuda Akhal-Teke untuk menyerbu dan pernah digunakan dalam pertempuran melawan Empayar Rusia yang berakhir dengan kekalahan.
Menurut sebahagian pendapat, kuda Akhal-Teke telah disembunyikan oleh puak setempat. Lokasi baka kuda ini membiak adalah di kawasan Turkmenistan iaitu di padang pasir Kara Kum. Padang pasir ini berbatu kawasan dataran gurun yang tandus serta dikelilingi oleh pergunungan.
Namun ada pendapat lain mendakwa bahawa kuda-kuda ini adalah keturunan daripada kuda yang digunakan oleh kaum Monggol semasa melakukan serangan di kawasan pergunungan pada abad-13 dan abad ke-14.
Suku kaum Turkmenistan merupakan antara masyarakat pertama mempelopori penggunaan kuda untuk menyerang. Mereka memilih kuda terbaik sebelum dibiakkan.
Kaum ini turut membuat nota salasilah kuda mereka berdasarkan tradisi lisan. Kuda-kuda itu disebut “Argamaks” oleh Russia, dan amat diminati oleh para pengembara yang mengunjungi kaum ini.
Pada tahun 1881, Turkmenistan telah menjadi sebahagian daripada Empayar Rusia. Suku-suku kaum ini telah berperang dengan pihak Tsar dan akhirnya memenangi peperangan tersebut.
Seorang jeneral Rusia, Kuropatkin, telah berjaya menangkap dan membiakkan baka kuda yang digunakan oleh suku kaum ini dan dinamakan sebagai kuda “Akhal-Tekes,” sempena suku Turkmen Teke yang tinggal berdekatan Akhal oasis. Kerajaan Russia kemudiannya mencetak buku salasilah keturunan kuda pertama yang berjaya mereka biakkan adalah pada tahun 1941.
Kuda baka Akhal-Teke, ini sering digunakan untuk disiplin berkuda Dressage, lompatan dan kuda lasak.

Ada apa dengan anak pokok KL2017

SUKAN SEA | Tapak semaian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) di Kepong membekalkan sebahagian daripada anak pokok spesies hutan yang dijadikan cenderahati untuk pemenang pingat temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

Ketua Cawangan Pengeluaran Bahan Tanaman Frim Dr Siti Salwana Hashim berkata mereka menyediakan 600 anak pokok untuk program ‘Satu Pingat, Satu Pokok’ itu yang bertujuan membantu mengimbangkan jejak karbon serta memupuk semangat cinta alam bersempena temasya KL2017.

“Spesies anak pokok yang dibekalkan ialah 130 anak jambu bol atau syzygium malaccense untuk pemenang pingat emas, 230 anak salam (syzygium polyanthum) untuk pemenang pingat perak dan 240 anak beruas (garcinia hombroniana) untuk pemenang pingat gangsa,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur semalam.


AF Jets doakan Search selamat, maju jaya
Tambah beliau, pembekal lantikan Jawatankuasa Pengelola KL2017 telah menghubungi beliau pada hujung April lalu untuk mendapatkan khidmat nasihat pilihan spesies yang sesuai serta membeli stok daripada tapak semaian Frim.

“Antara kriteria pemilihan spesies yang kami cadangkan termasuk spesies tempatan , pokok buah nadir yang dapat bekalkan makanan untuk hidupan liar dan dari mudah untuk mendapatkan stok tanaman,” jelasnya.

Menurut Siti Salwana, stok anak pokok Frim tidak sentiasa banyak, justeru pihak jawatankuasa KL2017 turut mendapatkan stok itu daripada pembekal lain.

Seribu Satu Kebaikan cuka buah-buahan Untuk Badan Kita

Kebaikan khall (cuka buah-buahan) seperti mengurangkan berat badan, jantung yang sihat dan minda yang sentiasa cergas, hanya akan dapat diperolehi apabila ia dikombinasi oleh dengan diet pemakanan yang betul, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, pengambilan ikan segar dari laut, minyak zaitun dan riadah yang ringkas (berjalan).

Kebaikan khall tidak dapat diperolehi jika kita mengabaikan aspek lain dalam gaya hidup yang sihat.

Kopi O

12 ARTIS MALAYSIA YANG ADA PHD TAPI SENGAJA TAK DICERITAKAN KEPADA UMUM NOMBOR 7 PALING TAK DISANGKASANGKA

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu Got to Go ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

2- Lisa Surihani

Pelakon Istanbul, Aku Datang ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

3- Yuna

Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti pemuzik jalanan, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

4- Daphne Iking

Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

5- Ahmad Idham

PaDa tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah Remp-It yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.

6- Sudirman Hj Arshad

Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

7- Datuk Aznil Hj Nawawi

Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.

8- Fazley Yaakob

Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

9- Jason Lo

Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

10- Kaer Azami

Selepas bekas peserta Akademi Fantasi Musim 2 ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.

11- Aishah

Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

12- Azhar Sulaiman

Pelakon Keluarga Iskandar ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.

13. Jep Sepahtu

Jep adalah bekas pelajar SK Kulai & SMK Sultan Ibrahim, Kulai. Bersekolah di sekolah menengah yang sama bersama Mamat Sepah. Jep Juga Pernah bermain bola sepak bersama Johor FC bawah 20 tahun

Tanda-Tanda Wanita Hamil Tanpa Disedari Yang Korang Kena Tahu

Oleh Feyra Nasrom Sumber abangterlajaklaris

Ramai wanita yang tidak sedar dirinya sedang hamil hingga kandungan sudah masuk lebih dari 3 bulan. Ya, kes ini banyak berlaku dan kata mereka, tanda perubahan hamil langsung tidak dirasai hingga mereka sendiri terdedah dengan simpton-simpton yang mengesahkan diri mereka sebenarnya hamil. Jom usha kat bawah ni :

-Haid lewat waktu ataupun sudah terlepas dengan kitaran haid asal.

-Korang terasa sakit pada dada, dan putting akan jadi sedikit gelap dan juga bengkak.

-Perasaan loya dan nak muntah semakin menjadi-jadi

-Terlalu letih walaupun tidur sudah cukup

-Mengidam sesuatu yang pelik

-Tidak selesa dengan bau asap rokok, deria bau jadi sangat sensitif, lebih beremosi, dan sentiasa rasa nak menangis.

Jika korang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat dan mempunyai gejala seperti ini, pastikan dapat pengesahan daripada doktor samada korang hamil atau tidak..

HAFAL Banyak Kitab Agama Lain. Ini Jawapan Dr Zakir Naik Yang Ramai TAK SANGKA

Ditanya Camna Boleh HAFAL Banyak Kitab Agama Lain. Ini Jawapan Dr Zakir Naik Yang Ramai TAK SANGKA | Khalifah Mail Online – Semua sedia maklum kehebatan yang dianugerah Allah kepada Dr Zakir Naik sehingga dapat menghafal selain Al Quran dan kitab muktabar Islam, beliau juga banyak menghafal kitab-kitab agama lain seperti Injil dan Veda. Persoalannya apa rahsianya ? Ini jawapannya yang buat ramai tak sangka. Subhanallah.

RAHSIA HAFALAN DR ZAKIR NAIK

Bagaimana cara Dr Zakir Naik menghafal kitab-kitab agama lain sehingga sangat lancar memetik ayat dalam kitab Bible, Veda, dan sebagainya? Seorang non-muslim memberanikan diri bertanya kepada Dr Zakir Naik, apakah ada rahsia dalam Al Quran untuk menguatkan hafalan seperti itu?



Rupanya, bukan hanya wanita itu sahaja yang bertanya tentang hafalan kepada Dr Zakir Naik. Ramai juga yang bertanya soalan tersebut. Mereka takjub dengan hafalan Dr Zakir Naik yang dianggap seperti memiliki “chip komputer” di kepala.

Berikut ini jawaban Dr Zakir Naik atas pertanyaan wanita bernama Wandena itu:

Saudari ini bertanya bahAwa hafalanku sangat fenomenal dan ini adalah pemberian Allah Subhanahu wa Ta’ala. Apakah ada ayat Al Qur’an yang membicarakan tentang hafalan? Selama ini orang-orang bertanya padaku, apakah rahsianya?

Apakah engkau memiliki chip komputer? Apa rahsianya? Rahsianya ada di dalam Al Quran. Dalam pengajaran program dakwah yang aku ajarkan pada murid-muridku, aku sebutkan ada tiga hal yang harus diperhatikan.

3 RAHSIA DALAM AL QURAN

Yang pertama, disebutkan dalam Quran surah Ali Imran ayat 160 bahwasanya “Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang boleh mengalahkanmu. Jika Allah membiarkanmu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari Allah. Karena itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.” Jadi yang pertama, bertawakal kepada Allah.

Yang kedua, disebutkan dalam Surat Al Ankabut ayat 69. “Jika kamu berjihad untuk (mencari keredhaan) Allah, Allah akan benar-benar menunjukkan kepadamu jalanNya.” Jadi yang kedua adalah kerja keras.

Dan yang ketiga, Allah berfirman dalam surat Al Anbiya ayat 7 dan surat An Nahl ayat 43. “Maka bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui.” Yang ketiga bersifat teknikal. Teknik yang kami cuba dalam pengajaran program dakwah kami, orang-orang bertanya padaku, “Zakir, apa tekniknya?”

TEKNIK DAKWAH

Aku katakan ada tiga teknik terpenting dan yang pertama adalah beriman kepada Allah.

Nombor satu adalah beriman kepada Allah.

Dan semua teknik ilmu Anda yang ada di dunia, kamu tahu berapa banyak muridku yang bergelar MBA dengan teknik menghafal segitiga dan house. Aku tidak mengetahui teknik-teknik seperti teknik segitiga dan segala bentuknya. Allah Subhanahu wa Ta’ala penolong terbaik melebihi dari teknik apapun. Bagaimana cara mendapat pertolongan Allah? Iaitu jika kamu berjuang di jalan-Nya. Kamu berjuang di jalan-Nya nescaya kamu mendapat kejayaan (insyaAllah).

Dalam pengajaran kami, aku mengajarkan murid menghafal surat dan ayat ini, bagaimana menyampaikan ceramah dan mengelola soal jawab.

Dan sebelum aku memulakan ceramah, aku selalu membaca doa sebagaimana dalam Surat Thaha ayat 25-28. Yang maksudnya, Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.

Semoga Allah Panjangkan Umur Dr Zakir Naik. InsyaAllah Aamin.

CUBALAH KITA SEMUA AMALKAN DOA INI SEBELUM TIDUR, INSYA ALLAH HUTANG SETINGGI GUNUNG PUN BOLEH SELESAI !!

Cubalah Kita Semua Amalkan Doa Ini Sebelum Tidur, Insya Allah Hutang Setinggi Gunung Pun Boleh Selesai !! |Doa ini adalah di antara doa yg bisa diamalkan untuk melunasi utang & dibaca sebelum tidur.

Sudah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan,

اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ،
وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil

‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa

munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.

Artinya:
“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).

Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahwa maksud utang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 33).

Variks akan hilang dalam hanya 6 hari!
Variks akan hilang dalam hanya 6 hari!
Obesiti yang ringan juga boleh membawa maut. Ini akan memusnahkan lemak...
Obesiti yang ringan juga boleh membawa maut. Ini akan memusnahkan lemak...
Anda boleh kurangkan 6 kg seminggu jika mengambil…
Anda boleh kurangkan 6 kg seminggu jika mengambil…
Hilangkan jerawat dengan sesuatu yang sentiasa ada di sekitar anda! Lihat!
Hilangkan jerawat dengan sesuatu yang sentiasa ada di sekitar anda! Lihat!

Juga dalam hadits di atas diajarkan adab sebelum tidur yaitu berbaring pada sisi kanan.
Semoga bisa diamalkan dan Allah memudahkan segala urusan kita dan mengangkat kesulitan yang ada. Aamiin…

Rahsia Kelebihan Tidur Berbantalkan ‘Celah Ketiak’ Suami, Isteri Wajib Tahu

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)… FAKTA….serius!

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita. so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?

Pesanan terakhir buat isteri bahawa ingat lah kebahagian rumahtangga wujud apabila ada perasaan sayang dan kasih..so kasihi lah ketiak suami anda kerana ia pengikat kasih sayang … 😉

KISAH TUKANG SAPU SAMPAH YG MEMPUNYAI KERETA BMW TETAPI TETAP MEMBAWA BASIKAL..AKHIRNYA DIA BONGKAR SEBENARNYA DIA ADALAH…

Kisah si penyapu sampah by Ustaz Hanafiah Abdul Malek

Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

– malam yang lepas kami bertemu.
– dia datang ke rumah saya.
– dia seorang penyapu sampah tinggal di rumah Flat.
– rumah Flat di Sentul

Tuan²…Subhanallah..
– apa kisah hidup dia ni?

– Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tapi masih kayuh basikal.
– kawan² dia yang kerja tempat yang sama ada kereta tapi dia tak nak. Dia tetap naik basikal.
– tuan² apa yg berlaku?
– kawan dia ni sentiasa hina dia.
– Satu bangunan Flat hina dia, kata kat dia macam².

– tapi tuan² pada hari ini, anak 2 orang Doktor & 2 orang lagi Arkitek.
– anak yang kerja doktor ni bagi kat ayah tiap² bulan RM 2 ribu seorang. 2 anak orang anak jadi RM 4 ribu.
– dan anak yang kerja Arkitek pula seorang bagi RM 1 ribu, 2 orang RM 2 ribu.
– jumlah RM 6 ribu sebulan.

– Tuan² tau tak orang yang sapu sampah kadang² hati dia lebih Mulia daripada kita semua.
– lebih mulia dari saya.
– dia hanya sapu sampah… Allahuakhabar…
– tapi hati dia mulia.
– tuan² dengan RM 6 ribu, tuan² tau tak apa yg dia buat?
– agak² lah apa yang dia buat?
– dia SEDEKAHKAN pada kawan² yang kerja sama tempat yang budak² baru ni yang ada masalah bayar sewa rumah, dia tolong sewakan.
– tolong bayar duit deposit rumah.
– cuma dia pesan, jangan tinggal solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen ataupun rasuah.

– tuan² satu hari nanti saya cerita, tuan² tak berapa nak percaya.
– satu hari nanti kalau tuan² jumpa dia, saya bawa sembang dgn dia.
– org yang bercakap ni dia akan bercakap di hati.

“Ustaz, harta bukan milik kita ustaz.”

– anak dia baru belikan dia BMW yg latest punya, 320i. Allahuakhbar.

– tp dia kata : “ustaz , drpd naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz.”

“Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak ja tukar.”

– apa maknanya? Maknanya itu BERKAT.
– anak dia tak pernah sakit tuan².

– kita ni? Gaji RM 10 ribu tapi tak bayar zakat.
– zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak! Ohh…semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar!
– bak kata orang cina “suai maa” kejap² anak sakit, kejap² kamu sakit..mcm² masalah.

Kalau menunggu flight tanpa tiket , pasti dikatakan gila.
Inikan pula menunggu Syurga Allah tanpa solat.
Mungkin lebih teruk daripada gila.

Dulu iblis dihalau dari Syurga kerana meninggalkan 1 sujud

Bagaimana pula dengan manusia…yang meninggalkan 34 sujud dalam sehari semalam?

senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang

Anda memang layak jadi ikon

KAKITANGAN Pos Laju yang kisahnya tular pada September tahun lalu apabila memegang erat barangan pelanggan walaupun cedera akibat kemalangan, diangkat sebagai Ikon Pos Malaysia, semalam.

Mohd Nazli Mohd Idris, 32, ketika dihubungi Harian Metro, hari ini berkata, dia terkejut dan terharu apabila diberitahu pada saat-saat akhir untuk hadir ke acara berkenaan.

"Pelantikan sebagai ikon ini adalah sempena Program Kami Sampaikan Pakej Keceriaan yang diadakan di Pusat Mel Nasional Shah Alam. Alhamdulillah, rezeki saya dapat wang tunai RM500.

"Pihak pengurusan beritahu, apa yang kita lakukan dan menjadi prinsip hidup kita, orang luar akan pandang nilai murni itu antaranya amanah, cekap dan bertanggungjawab," katanya yang masih bertugas dengan Pos Laju Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Lantikan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.

Portal Harian Metro (HM) menyiarkan kisah Mohd Nazli pada 9 September tahun lalu selepas gambarnya memegang bungkusan pelanggan tular di Facebook (FB).

Paling menyentuh hati, gambar Mohd Nazli memegang telefon bimbit membuat panggilan kepada pelanggan walaupun dalam keadaan kesakitan, turut dikongsi.

Kemalangan di Simpang Ampat, Pulau Pinang pada 4 petang 8 September membabitkan kereta dipandu lelaki dan menyebabkan Mohd Nazli cedera di siku, pinggang, lutut, bahu dan belakang badan.

"Pada waktu itu, bagi saya sakit letak tepi. Amanah perlu dilaksanakan. Sejak itu, memang ramai yang kenal saya dan kagum dengan apa yang berlaku.

"Kawan-kawan bergurau dengan saya kadang-kadang paggil saya dengan gelaran Datuk. Macam-macam. Apapun saya syukur Alhamdulillah, satu persatu rezeki diterima," katanya yang juga penerima Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang hujung tahun lalu.

Mohd Nazli berkata, dia belum terfikir untuk menukar kerjaya selepas enam tahun berkhidmat malah bertekad untuk terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Perkara Yang Haram Ketika Mencukur Bulu Kemaluan

pa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan menjadi punca kendurnya kulit di tempat itu.

Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.

Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Bermaknanya paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.

Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,

Pertanyaan Nabi:

“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”

Jawab Iblis:

“Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”

Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.

Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.

Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini.

Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”.

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Tak perlu Nak Bergaduh, Peguam Ini Ajar 14 Tindakan Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang

Tak perlu Nak Bergaduh, Peguam Ini Ajar 14 Tindakan Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang

Malang tidak berbau.Macam mana kita pandu dengan berhati-hati pun, kadang kala atas kecuaian orang lain, tetap boleh juga berlaku kemalangan.

Kereta yang dilanggar oleh orang lain daripada belakang memang menyakitkan hati. Bila berlaku perkara macam ni, sebenarnya, ramai diantara kita, khususnya golongan wanita tidak tahu apakah proses yang harus dilakukan.

Tidak perlu gaduh-gaduh dan penuh emosi sebaliknya bertindaklah dengan rasional dan matang dalam meng hadapi situasi ini sebagaimana yang diajar oleh peguam,Salkukhairi Abd Sukor ini.

Tip Ringkas Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang;
1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit dan keluar daripada kereta anda.

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yg diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya,janganlah terus maki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahunya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus..

10.Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dgn report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Itu sahaja!

Mudah bukan? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah.

Ketahui Tips Cara Membuang Angin Dalam Badan Dengan Berkesan

Ketahui Tips Cara Membuang Angin Dalam Badan Dengan Berkesan

Angin dalam badan membuat ramai kurang selesa. Seseorang yang sihat juga tidak terlepas dengan sindrom angin banyak dalam badan.

Di sini kami kongsikan cara mengesan angin dalam badan dan cara untuk membuang angin tersebut.
PETUA BUANG ANGIN
Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

� Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
� Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
� Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
� Selalu menguap/mudah mengantuk.

� Sukar bernafas/nafas pendek.
� Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
� Kulit kering.
�’Muscle spasms’ waktu tidur/jaga.
� Perut berangin.
� Sakit kepala/migraine.
� Perasaan mudah marah.
� Hilang selera makan.
� Hilang/kurang nafsu seks
� Dan rasa ketidakselesaan badan.

Cara dan Bahan-bahan :

1. 3 sudu halba direndamkan halba dalam air dalam 2 minit dan tos-kan seketika.
2. 3cm halia muda diparut
3. 4 Ulas bawang putih
4. 15 biji lada hitam. Semua bahan-bahan di atas.

Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia ,bawang putih last masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan-bahan tersebut digentel kecil seperti majun. Boleh disimpan dalam peti sejuk letak satu bekas.

Jamu ini boleh diambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Jika diamalkan perut akan kempis.

* Tips cara makan ini:

Minum dgn air suam.
*badan akan ringan, angin akan keluar dan mengempiskan perut.
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.

5 Perkara Penting Perlu Dilakukan Bila Kepala Anak Benjol & Terhantuk

“Risaunya tengok kepala anak benjol. Apa nak buat ni? Perlu sapu ubatkah?”

Memang terhenti sekejap jantung kita apabila terdengar bunyi hantukan dan tangisan anak yang tadinya seronok bermain. Kemudian, nampak pula kesan kebiruan yang makin merisaukan.

Sebagai ibu bapa, perkara seperti ini memang biasa berlaku terutamanya ketika anak sedang lasak. Maka, kita perlu mengetahui tanda bahaya dan apa yang sepatutnya dilakukan jika berada dalam keadaan sebegini.

Benjol adalah situasi di mana pengumpulan darah beku berlaku pada bawah lapisan kulit akibat saluran darah kapilari yang pecah. Untuk memeriksa sama ada kepala anak benjol itu bahaya atau tidak, ketahui 5 perkara asas ini.

1. Periksa Keadaannya

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memeriksa secara menyeluruh dan mencari kesan kecederaan akibat terhantuk tadi. Antara kesan bahaya yang perlu dibawa berjumpa doktor serta-merta adalah:

Tak sedarkan diri (pengsan sekejap atau lama)

Muntah yang teruk

Benjolan yang besar atau luka yang dalam

Pendarahan atau keluarnya cecair dari hidung, telinga, atau mulut

Sawan

Keliru, bingung, lemah, tidak aktif, dan tidak memberi respon terhadap sekeliling

Seperkara lagi, jika posisi benjolan terletak di bahagian hadapan kepala seperti dahi, anda tidak perlu terlalu khuatir. Sebaliknya, jika kepala anak benjol di bahagian belakang, lebih baik mengambil langkah selamat untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

2. Gunakan Tuaman Ais

Salah satu cara meredakan kesakitan kepala anak benjol ini adalah dengan menuam pek ais. Lakukannya selama 15-20 minit. Selain kaedah tuaman, anda boleh membalutkan ‘bandage’ untuk memberi kesan tekanan kepada benjolan tersebut.

3. Pantau Dalam Masa 24 Jam

Anak mungkin akan berasa mengantuk dan tidur sebentar, ini adalah normal. Apabila anak kembali tenang, perhatikan kelakuannya dan lihat sama ada terdapat simptom lain yang mencurigakan. Ini kerana, kecederaan otak menunjukkan kesan serta-merta atau berlaku secara perlahan-lahan.

Jika bayi kelihatan elok dan mula berkelakuan seperti biasa, berkemungkinan besar bayi tidak mengalami kecederaan serius. Walaubagaimanapun, pemerhatian harus dilakukan dalam tempoh 24 jam.

4. Tanda Perubahan Yang Tidak Normal

Dalam tempoh 24 jam, perhatikan tanda-tanda bahaya berikut:

Tidak berhenti menangis, tak boleh dipujuk, nampak kesakitan

Pernafasan semakin laju

Waktu tidur terganggu

Pergerakan kaki atau tangan yang tidak normal

Asyik terjatuh, tak dapat mengimbangkan badan

Muntah berterusan

Mata menjadi juling, saiz biji mata yang tidak normal

Penglihatan semakin kabur

Jika terjadinya sebarang tanda yang mirip seperti di atas, rujuklah ke hospital dengan kadar yang segera.

5. Minimakan Aktiviti Lasak Buat Sementara

Menurutnya, Datuk Dr Zulkifli Ismail, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh. Tapi, bayi yang kurang daripada 18 bulan adalah sangat berisiko kerana ubun-ubunnya masih lembut.

Jika tiada simptom di atas, anda boleh membiarkan anak anda berehat atau tidur. Namun, Dr Greene menasihatkan agar anda mengejutkan anak setiap 30 minit dalam masa 6 jam pertama setelah berlakunya hantukan tadi. Ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya simptom yang merisaukan. Apabila anak telah terjaga dan berkelakuan normal, bolehlah anda kembali beraktiviti secara sederhana.

Hubungi Doktor Jika Mengesyaki Masalah. Jangan teragak-agak membawa anak berjumpa doktor jika terdapat sebarang tanda yang meragukan. Di samping itu, jangan lupa maklumkan kepada pengasuh atau taska anak tentang kecederaan yang dialami agar pihak mereka lebih peka terhadap keadaan anak anda.

Pay wave Debit card- cara yang boleh gunakan untuk menyekat orang lain daripada menggunakan Kad Debit untuk membuat pembelian

Artikel ini adalah mengenai Debit Kad ATM yang baru dikemaskinikan, yang mana ianya mempunyai ciri Pay Wave.

Kad Maybank lama saya adalah jenis Bankcard dan bukannya Kad Debit tetapi apabila saya menukarnya kepada yang baru, kini saya telah diberikan Kad Debit. Saya memaklumkan kepada Pegawai Bank yang saya tidak mahu Kad Debit kerana saya sudah mempunyai Kad Kredit, tetapi saya diberitahu bahawa semua Kad ATM yang baru adalah jenis Kad Debit.

Lalu saya bertanya jika terdapat apa-apa cara yang saya boleh gunakan untuk menyekat orang lain daripada menggunakan Kad Debit saya untuk membuat pembelian.

(Saya rasa anda semua tahu bahawa dengan ciri PAY WAVE, sesiapa sahaja boleh menggunakan kad anda untuk membuat pembelian di bawah RM250 dengan hanya ‘TAP’ (seperti kad Touch N GO) pada mesin di Terminal Juruwang dengan tidak perlu memasukkan PIN kan? Hanya pembelian yang melebihi RM250 memerlukan PIN . ciri2 ini juga terdapat pada Kad Kredit.)

Pegawai bank itu kemudian memberitahu saya bagaimana untuk menyekat pembelian dengan melakukan langkah-langkah berikut:

(Ini adalah untuk Maybank. Bank-bank lain mungkin mempunyai cara/arahan yang sama.)

Selepas anda memasukkan Kad Debit ke dalam ATM, masukkan PIN anda seperti biasa.

Pilih “Other Transactions”
Klik/tap pada “Change Limit”
Pilih “Purchase Limit”
Pilih “No Purchase.”
Masukkan nombor kad pengenalan anda. Anda akan diminta untuk mengesahkan bahawa anda telah memilih “No Purchase”

Sahkan pilihan itu dan semuanya selesai.

Dengan demikian, jika kad ATM anda jatuh ke tangan orang lain kerana anda tercicir dompet atau diragut/disamun, orang tersebut tidak boleh membeli barang-barang (bawah RM250) menggunakan Kad anda.

Diharap Maklumat ini berguna pada kamu semua~
______________________________________

objek seperti sekumpulan manusia yang sedang berjalan diatas awan

objek seperti sekumpulan manusia yang sedang berjalan diatas awan

Sekumpulan penumpang sebuah kapal terbang telah mendakwa melihat objek seperti sekumpulan manusia yang sedang berjalan diatas awan. Mereka yang terkejut dengan kejadian itu sempat mengambil beberapa keping gambar.

Menurut laman web Era baru yang memetik dari laman web ultrasonografi, Rangkaian UFO Interaktif ataupun The UFO Interactive Network (MUFON) telah didokumentasikan di bawah Kes 82114. Saksi juga berkata kejadian itu berlaku sewaktu perjalanan penerbangan dari Warsaw ke London Heathrow pada 15 Februari. Semasa di Łodź Voivodeship, beliau melihat beberapa objek menyerupai manusia di atas awan berhampiran dengan kapal terbang itu.

Kesemua saksi sudah pasti terkejut dan sempat merakamkan beberapa keping gambar. Manakala keesokan harinya, hal itu dilaporkan kepada MUFON. Saksi juga ada berkata imej objek tersebut seperti sebuah keluarga, di mana terdapat orang dewasa dan kanak-kanak.

Saksi yang terkejut dengan penemuan objek menyerupai manusia di atas awan. (screenshots video Youtube)

Laporan saksi berbunyi, “Dari Warsaw ke lapangan terbang London Heathrow, saya melihat keluar tingkap melalui pintu angin sebelah kiri pesawat, dan saya perasan terdapat lelaki kurus berwarna gelap di atas awan. Ia pastinya bukanlah sebuah seni bina kerana lokasi yang sangat tinggi, saya fikir ia adalah puting beliung kecil.”

“Terdapat 4 objek menyerupai manusia : dua daripada mereka tinggi manakala dua lagi masih kecil. Jarak mereka juga sangat rapat di antara satu sama lain dan tidak bergerak langsung. Mereka berwarna gelap, mempunyai bahagian atas badan yang besar manakala bahagian bawah mereka lebih kecil. Satu daripada mereka kelihatan seperti mempunyai sayap panjang,” tambah saksi.

Mereka yang menyaksikan kejadian tersebut tentunya berasa takut dan terkejut kerana tidak menyangka bahawa mereka akan menemukan objek aneh yang sedang berdiri di atas awan.

“Pesawat tersebut kemudian berlalu pergi meninggalkan objek tersebut sehingga ia hilang daripada pandangan”, kata saksi.
Pada bulan Januari  2016, terdapat saksi yang mendakwa melihat objek yang sama. (screenshots video Youtube)

Saksi kejadian pada tahun 2016 itu merupakan seorang pengurus perisian berasal dari Ireland, yang sedang dalam penerbangannya dari Ireland ke Austria. Pada altitud 30,000 kaki (9,150 meter), beliau merakamkan gambar yang menyerupai bentuk objek tersebut.

Bukan pengurus itu sahaja yang melihatnya, malahan terdapat lagi dua orang penumpang yang menyaksikan perkara yang sama. Anda rasa apakah sebenarnya objek-objek tersebut?

Negara Paling Lama Dan Paling Singkat Tempoh Berpuasa

Bermakna, di sana anda akan berpuasa hampir satu hari penuh yakni selama 21 jam 57 minit. Mana nak bezakan sahur dengan berbuka kan dengan tempoh yang singkat antara keduanya.

Bermakna, di sana anda akan berpuasa hampir satu hari penuh yakni selama 21 jam 57 minit. Mana nak bezakan sahur dengan berbuka kan dengan tempoh yang singkat antara keduanya.

Di Malaysia, cuaca panas akan menyebabkan anda cepat dahaga, namun di Iceland cuaca sejuk akan menyebabkan anda cepat lapar.

Bayangkan berlapar selama hampir 22 jam sehari selama sebulan? Itulah antara cabaran Ramadan yang penuh keberkatan.

Selepas Iceland, paling lama anda akan berpuasa adalah di Sweden yakni selama 20 jam 57 minit, diikuti Amerika Syarikat (Alaska), 19 jam 51 minit, England (18 jam 53 minit), Jerman (19 jam 1 minit).

Bagi yang memilih untuk melaksanakan ibadah puasa di Mekah, maka anda perlu bersedia untuk berpuasa selama 14 jam 53 minit.

Pastinya ibadah umrah anda akan menjadi jauh lebih mencabar, namun keberkatan bumi Anbiya lain, susah macam mana pun kita buat, malah merasa seronok melakukannya.

Tempoh berpuasa yang paling singkat di bandar utama dunia tahun ini adalah di Sydney, Australia yang hanya memakan masa 9 jam 56 minit. Rujuk jadual di atas atau bawah untuk tempoh berpuasa di negara-negara lain.

Puasa paling lama

Dalam sejarah, waktu paling lama puasa Ramadhan terjadi di Iceland iaitu 21 jam 57 minit atau hampir 22 jam. Kedua di Sweden dengan 20 jam 57 minit atau hampir 21 jam.

Bagi Ramadhan 2015, seperti yang dipetik dari laman Emirates 24/7 pada Rabu, 17 Jun 2015, waktu puasa terpanjang akan berlaku di Denmark dengan 21 jam, namun ia tidak akan menjadi rekod puasa terpanjang.

Iceland berada di kedudukan kedua dengan kira-kira 20 jam, bersama Sweden dan Norway. Diikiti Belanda dan Belgium dengan 18 jam 30 minit.

Puasa di Sepanyol akan berlangsung selama 17 jam 30 minit, lalu di UK dan Jerman 16 jam dan 30 minit. Sementara Amerika Syarikat (AS), Perancis, dan Itali ‘hanya’ berlangsung selama 16 jam.

Menurut para ahli astronomi, bahagian utara bumi bukan sahaja akan mengalami tempoh terpanjang puasa, tapi juga yang paling panas sekurang-kurangnya dalam 33 tahun terakhir untuk Ramadhan ini.

Ramadhan 2015 juga disebut akan menjadi yang paling panas dalam sejarah masa kini, dengan banyak negara kini mengalami musim panas yang ekstrem, seperti India yang mengalami suhu sehingga 50 darjah celsius.

Tetapi musim panas di India tidak akan menjadi yang paling teruk, kerana suhu di sebahagian wilayah Arab Saudi, disebut akan mencapai 65 darjah celsius.

Kelebihan Bersahur, Riwayat Bukhari & Muslim

Riwayat:  Riwayat Bukhari & Muslim
Kategori:  Ibadah
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.

Huraian Hadith:
Pengajaran Hadis:
i) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.
iv) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.
v) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

Wajib Bayar Fidyah Jika Tak Sempat Ganti Puasa Ramadhan Lalu, Cara Betul Untuk Buat Kiraan Jumlah Fidyah Yang Perlu Dibayar

Pasti masih ada antara kita umat Islam diluar sana yang masih belum menggantikan puasa lepas dan puasa lalu yang pernah ditinggalkan.

Tahukah anda bahawa puasa bulan Ramadhan adalah wajib, jika kita tinggalkannya, wajib untuk diganti pada hari bulan lain sebelum Ramadhan akan datang tiba.

Jika kita gagal menggantikan puasa lalu yang ditinggalkan selepas Ramadhan baru tiba, kita wajib membayar Fidyah.

Bagaimana handak kira jumlah Fidyah kita? jom kita baca.


Dalam tahun 2017 Masihi bersamaan 1438 - 1439 Hijriah.

Secupak beras = 675 gram (RM1.80).
Satu gantang bagdad = 2.7kg.

MENJELANG bulan puasa, satu perkara yang selalu menjadi kemusykilan kaum wanita adalah kiraan fidyah kerana tidak sempat menggantikan puasa.

Bagi yang ragu-ragu tentang perkara ini berikut di kongsi penjelasan cara kiraan fidyah yang diambil dari Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tapi sebelum itu baca juga penjelasan mengenai fidyah untuk pengetahuan kita.

Fidyah

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hukum fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur membayar Fidyah

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri atau pejabat zakat negeri.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab dikenakan fidyah

1. Uzur menunaikan puasa wajib.

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

Contoh  :

Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
30 hari X RM1.80 = RM54.00

2. Perempuan hamil.


Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)

3. Ibu yang menyusukan Anak.

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

Contoh :

Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

15 hari X RM1.80 = RM27.00

Fidyah yang dikenakan kepada Puan Hani kerana lewat menggantikan puasa ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

4. Orang yang telah meninggal dunia.


Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

13 hari X RM1.80 = RM23.40

5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’).

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Contoh :

En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun.
Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

3 hari X (10 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM48.60 (FIDYAH)

Taksiran fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah.

Kadar bayaran fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20

*Jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.

Nota: Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun

*Perlu diingat, walaupun sudah membayar fidyah, puasa tetap kena ganti, wajib..

DIAM TERNYATA BOLEH MEMBATALKAN PUASA

DIAM
TERNYATA BOLEH MEMBATALKAN PUASA

Dalam acara ceramah seorang ustadz berkata "Ternyata diam boleh membatalkan puasa"..

Lalu para jamaah serentak terkejut hairan bagaimana boleh batal puasanya??? tanya salah seorang jemaah, lalu dengan santai ustadz berkata, Hal yang membatalkan puasa kerana diam, misalnya:

Diam-diam sarapan pagi

Diam-diam minum cendol

Diam-diam makan maggi

Diam-diam merokok

Diam-diam makan dalam kereta.              
Sekian.

Syarat ketat jika warga asing mahu berniaga

KUALA LUMPUR - Sejumlah 23 jenis perniagaan yang tidak boleh dikendalikan warga asing di ibu kota disenaraikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Antara perniagaan yang disenaraikan itu adalah pasaraya, kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam, kedai barang kemas, stesen minyak, kedai menjual produk kesihatan, bengkel, perniagaan runcit komputer, perniagaan perabot, pusat siber, kedai gunting, gerai makanan, salun rambut, dan perniagaan dobi.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat  DBKL Khalid Zakaria, berkata, DBKL juga telah mengeluarkan polisi baharu pada tahun ini, di mana syarikat warga asing hendaklah berdaftar dengan modal lebih dari RM1 juta sekiranya ingin memohon lesen perniagaan.

“DBKL juga mewajibkan semua majikan premis perniagaan mengambil pekerja tempatan sekurang-sekurangnya 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja.

“Syarikat warga asing juga tidak lagi boleh beroperasi di beberapa kawasan seperti Jalan Silang, Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Bukit Bintang, Leboh Ampang, Leboh Pasar, Jalan Chow Kit,Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, dan Jalan Kenanga,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Zaharuddin Basiron ketika dihubungi berkata langkah ini adalah untuk mengawal kebanjiran para peniaga warga asing tidak terkawal khusunya di sektor peruncitan dan perdagangan di sekitar ibu kota.

“Keadaan ini telah memberi impak yang tidak baik  kepada para peniaga warga tempatan serta mencemarkan imej Kuala Lumpur.

“Jadi kita buat inisiatif ini dalam melindungi peniaga warga tempatan di ibu negara. Kita juga akan mempergiatkan tinjauan membanteras peniaga haram di dalam ibu kota khususnya warga asing,” katanya.

Nenek Bela Saka Tapi Selalu Solat 5 Waktu | Jawapan Dari Ustaz Ini Untuk Mengesan Saka Sangat Tidak Terduga..Semoga Bermanfaat

Nenek Bela Saka Tapi Selalu Solat 5 Waktu | Jawapan Dari Ustaz Ini Untuk Mengesan Saka Sangat Tidak Terduga..Semoga Bermanfaat

Salam..ustaz .saya nak tanya kawan saya ada bagi tahu saya..nenek dia ada bela saka..tapi dia selalu nampak nenek dia menunaikan solat..bukan ke kalau orang yang ada saka ni susah nak menunaikan solat sebab jin ada dalam badan..?.

Jawapan :

Jika ada saka cepat-cepat buangkannya melalui mereka yang arif kerana ulama menjelaskan bahawa kita tak dibenarkan bersahabat samaada dengan jin Islam atau jin kafir. Oleh kerana jin ini adalah makhluk halus yang tak nampak dengan mata kasar jin yang kita sangka jin Islam sebenarnya adalah jin kafir yang menyamar , matlamat jin kafir adalah untuk menyesatkan kita daripada akidah Islam.
Untuk memastikan nenek saudara ada saka atau tidak cuba saudara lakukan membaca ayat-ayat berikut,

Membaca ayat-ayat dibawah ditapak tanganmu :

1. Baca surah Ibrahim ayat 42-52
2. Baca surah al-Mukminun ayat 98-118
3. Baca surah al-Falaq ayat 1-5.
4. Baca surah an-Nas ayat 1-6

Ketika membaca ayat-ayat di atas , letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahgian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan tapak tangan kananmu itu di depan mata nenek, dan mintalah dia melihatnya. Kalau dia sama sekali tidak boleh melihatnya, atau matanya menjadi silau atau nanar, atau dia melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam, atau dia melihat banyak salib di telapak tanganmu, atau tiba-tiba kepalanya terasa sangat pening, atau dia menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka dia , tidak diragukan,dia ada saka atau terkena sihir atau kesurupan atau kedua-duanya sekali.

[CATATAN : Sebaik-baiknya, usahakan dia sendiri yang membacanya ayat-ayat diatas. Kalau nenek tidak boleh membaca sendiri maka saudara boleh bacakan ditapak tangan dan hulurkan tangan kanan saudara di depan mata nenek minta dia melihatnya.]

Malay Mart Tidak Akan Menyerah Kalah Kepada Warga Asing," Luahan Pemilik Kedai Runcit Ini Selepas Diminta Tutup Kedai Oleh Warga Asing

Sudah menjadi seperti kebiasaan kini di Kuala Lumpur dan Selangor di mana rata-rata kedai runcit kini telah di monopoli oleh warga asing, ke mana pelusuk atau cerok kita pergi, memang ternyata ianya telah dikuasai mereka.

Sejak semalam menjadi tular di laman Facebook yang dimuatnaik oleh seorang lelaki bernama Azuan Khames di mana beliau telah menceritakan kisahnya selepas pergi ke sebuah kedai runcit.

Apa yang menjadi tanda tanya, beliau terlihat satu tulisan yang menyatakan Malay Mart tidak akan mengalah dengan warga asing, kenapa beliau menaikkan pesanan itu? jom kita baca.

Assalamualaikum semua..tersentak jiwa saya bila baca tulisan ni di luar kedai di kawasan Saujana Utama, Sungai Buluh.

"Malay Mart tidak akan menyerah kalah pada warga asing"..

Bila saya singgah di kedai ni...tuan kedai kongsikan pada saya..ada seorang warga asing mempertikaikan beliau yang masih berniaga disitu walau keuntungan kedai tak seberapa dan minta peniaga kedai ni segera menutup perniagaan kerana tak akan mampu bersaing dengan peniaga runcit warga asing...

soalnya..

1)Wajarkah kita semua di warga asing kan oleh warga asing? ?

2)berdosa kah abg kita tu berniaga di tanah nenek moyang kita??

3) serendah inikah harga diri seorang melayu??

Pesan terakhir abg kedai sebelum saya meninggalkan kedai beliau..

"Abg sekolah tak tinggi dik"

"Dengan cara ni je abg tahu cari makan"

"Walaupun adik beli air je kat kedai abang , abang ucap terima kasih sangat kat adik"

Fahami fungsi butang Traction Control System(TCS) di kereta anda

Fahami fungsi butang Traction Control System(TCS) di kereta anda

Sebagai seorang pengguna kenderaan, anda mestilah tahu serba sedikit mengenai perihal kenderaan anda itu. Sebagai contoh, jika anda memiliki kereta, anda perlu memiliki pengetahuan tentang justifikasi komponen yang ada pada kereta anda. Ini akan memudahkan anda jika berlaku masalah kerosakan  kelak.

Jika dilihat  pada bahagian dalaman kereta pula, terdapat pelbagai butang yang mempunyai simbol berlainan dengan fungsi berbeza. Secara amnya, pengguna sedia maklum tentang fungsi setiap butang seperti penghawa dingin, lampu kecemasan, pelaras tingkap dan lain-lain. Namun masih ada pengguna yang masih tidak peka tentang beberapa lagi fungsi butang yg terdapat di dalam kereta mereka. Artikel ini akan berkongsi tentang fungsi  satu butang yang terletak dibahagian pemandu kereta iaitu butang sistem kawalan cengkaman (TCS Traction Control System).

Pasti ramai yang menyedari tentang kewujudan butang ini(rujuk gambar) pada kereta anda. Setiap model kereta pula, mempunyai kedudukan yang berbeza, ada yang di sebelah kanan dashboard, dan ada juga di sebelah kiri dashboard. Namun berapa ramaikah pemandu menyedari akan kepentingan butang  ini? Sebenarnya sistem TCS sudah tersedia secara automatik pada kereta dan butang OFF pada dashboard kereta anda itu berfungsi mematikan sistem TCS itu sendiri. Apakah relevannya?

 Traction Control System(TCS) pada umumnya, ialah fungsi kedua kepada Antilock Braking System(ABS) dimana kedua-duanya dibangunkan untuk ciri keselamatan kenderaan anda. Jika ABS berfungsi untuk mencegah tayar anda daripada tergelincir ketika brek kecemasan, TCS pula mencegah tayar anda dari tergelincir ketika pemanduan. Secara lazimnya, TCS berfungsi secara automatik ketika kenderaan anda melalui jalanraya yang licin ketika hujan. Ia beroperasi mengoptimumkan pemanduan anda ketika dalam kelajuan yang agak tinggi atau sederhana.

Bagaimana TCS beroperasi?

TCS akan beroperasi apabila censor mengesan  salah satu tayar yang berputar lebih laju dari tayar yang lain. Maka sistem akan segera mengaktifkan brek pada tayar yang berputar laju itu supaya ia berputar pada kelajuan yang sama dengan tayar yang lain. Sebagai contoh, sebuah kereta yang melalui jalan yang mempunyai lopak air, secara tiba-tiba hilang kawalan kerana  tayar belakang berputar lebih laju. TCS akan akan segera mengaktifkan brek pada tayar yang berputar lebih laju supaya keempat-empat tayar kembali seimbang.

 Apakah maksud jika lampu indikator TCS menyala?

Anda tidak perlu panik jika lampu indikator TCS menyala kerana memberi isyarat bahawa keadaan jalan anda agak licin. Bagi langkah berjaga-jaga, anda harus memperlahankan kenderaan anda dan memandu dengan selamat. 

TCS OFF?

Jika kenderaan anda tersekat dikawasan berlumpur, tanah atau lopak yang dalam, anda disarankan menekan butang TCS OFF yang terdapat pada bahagian dashboard kereta anda. Lampu indikator TCS OFF akan menyala menunjukkan anda telah mematikan sistem TCS. Ia bertujuan membenarkan tayar belakang anda berputar dengan lebih laju dan keluar dari kawasan yang tersekat. Tapi harus diingat, anda perlu mengaktifkan semula TCS selepas itu untuk langkah keselamatan.

Kesimpulannya, TCS ialah salah satu fungsi yang dibangunkan oleh kejuruteraan automotif di eropah bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna dijalanraya. Sebagai pengguna, kita harus peka dengan beberapa fungsi yang boleh dianggap sebagai penting. Jangan hanya tahu guna sahaja. Diharap pembaca dapat berkongsi info yang berguna ini agar kita semua memperoleh pengetahuan.

Ilmu Hutan yang Wajib Anda Tahu Kalau nak Masuk Hutan Ketahuilah Setiap Tempat itu Ada Penghuninya

ANTARA ILMU HUTAN YANG PERLU DIKETAHUI

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. – belajar dr orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) – belajar dr askar.

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi ‘diam’, kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. – belajar dr orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. – belajar dr orang asli.

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar.

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. – belajar ngan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. – belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. – ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. – belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. – orang asli.

Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

Doktor Ini DEDAHKAN RAHSIA Untuk Cepat Hamil Yang Ramai Pasangan Terlepas Pandang

Kepada pasangan suami isteri yang inginkan cahaya mata baru. boleh try tips yang diberikan oleh doktor ni. gerenti berkesan dengan izin Allah…Share kepada kawan-kawan jika bermanfaat.
Waktu subur ialah waktu berlakunya ovulasi. Oleh sebab jangka hayat ovum hanya 24 jam, maka amat penting untuk pasangan yang sah menganggar dengan tepat waktu tersebut.
Jika sedang berikhtiar untuk mengandung, adakan hubungan intim dalam
tempoh seawal-awalnya 72 jam sebelum ovulasi (kerana jangkahayat sperma
puratanya ialah 72 jam) atau selewat-lewatnya sebelum tamat 24 jam
jangkahayat ovum atau sebaik-baiknya setiap hari atau selang sehari
dalam anggaran waktu subur. Contohnya jika waktu subur ialah pada 28hb,
maka sasarkan hubungan pada 25hb, 26hb, 27hb dan 28hb.

Jika anda sebagai pasangan yang sah ingin mengelakkan kehamilan, elakkan
hubungan intim atau guna metod pencegahan kehamilan yang lain pada
waktu subur. Natural method sahaja biasanya tidak berapa efektif dan
kebarangkalian berlakunya “kemalangan” adalah tinggi.
Bagaimana mahu anggar waktu subur ini? Mari baca.

Kalendar

Kaedah ini terpakai hanya untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang
teratur. Caranya ialah anggarkan bila tarikh anda akan datang haid
berikutnya (contohnya 11 Mei) dan tolak 12 hari (11/5 – 12 hari = 29
April, dan tolak lagi dengan 5 hari (29 April – 5 hari = 24 April).
Waktu subur anda ialah antara 24 April hingga 28 April.

Suhu Badan Basal

Ia merujuk kepada “Basal Body Temperature” iaitu suhu terendah dalam
tempoh 24 jam. Apabila ovulasi berlaku, suhu badan (basal body
temperature) akan meningkat sedikit daripada biasa. Jika diperhati pada
rajah, suhu meningkat SELEPAS ovulasi. Maknanya anda mungkin terlepas
saat ovulasi tersebut. Namun jangan bimbang, teruskan carta anda dan
lihat pattern setiap bulan.
Lama-lama anda boleh agak bila waktu subur anda. Gunakan termometer
basal temperature dan sukat suhu anda serta merta selepas bangun tidur
pagi (pada masa yang sama setiap hari) SEBELUM melakukan apa-apa
aktiviti termasuk berjalan ke bilik air.

Lendiran Servik (Cervical mucus)

Anda mungkin mengalami perubahan kepada sifat lendiran servik atau
lelehan daripada kemaluan sepanjang kitaran haid. Lendiran ini
sebenarnya menyediakan medium yang sesuai untuk pergerakan sperma pada
waktu subur. Hebat, bukan? Keadaan lendir yang paling baik (subur) ialah
seperti putih telur (white egg) diikuti oleh berair (watery). Keadaan
lendir yang tidak sesuai untuk sperma ialah creamy (seperti krim) dan
sticky (melekit)

Sakit sebelah badan

Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit (cramping) pada sebelah tubuh ketika ovulasi berlaku.

Kit Komersial

Ovulation Predictor Kit. Kit ini akan memberitahu anda kebarangkalian
anda sedang subur pada waktu itu dengan mengukur tahap hormon LH.

Pada waktu subur, lapisan dinding rahim juga sangat baik untuk
berlakunya penempelan (implantation) hasil persenyawaan antara ovum dan
sperma. Hebat sungguh kuasa Allah yang mengatur kondisi terbaik keadaan
rahim, lendiran mukus, suhu badan dan lain-lain bagi mengoptimakan
persenyawaan. Allahuakbar!
Ini hanyalah tanda-tanda yang biasanya berlaku namun tidak semestinya
ada pada setiap wanita. Ikhtiar dan doa agar Allah kurnia rezeki kepada
anda. Pasangan yang tak sah saya tak redha anda belajar tips ini untuk
cegah kehamilan. Sumber:-Mohd Fadhli Mohd Fauzi